Search This Blog


31 December 2011

KISAH RASULULLAH S.A.W SEBAGAI PENGAJARAN

Kisah Rasulullah s.a.w sebagai pengajaran:-

1.) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.

2.) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.

3.) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”

4.) Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar.

Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya Khumaira?” (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’). Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

5.) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?”

Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” ”Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s. a. w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”

6.) Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

7.) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali.

Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang,

“Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?” ”Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”

“Ya Rasulullah…mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas.

Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.

“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanankami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku.

Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?”

“Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor.

9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang di kencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.

10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.

11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.

12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak.

13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?”

Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”

Iklan Yang Paling Sedih Untuk Ditonton II (CInta Dalam Diam)

surat dari anak mak yang tak nakal lagi

24 December 2011

26 September 2011

Restoran Arab

jeng3...meh sini aku nak story cikit...da sape2 yang kat luar sana yang suka makan makanan arab x?????... sure ramai yang dah pernah rasa makanan arab kan????? makanan jenis ni dah berlambak-lambak kat Malaysia...Klaw kat KL lagi la... macam cendawan tumbuh selepas hujan....cewah3... berperibahasa plak aku ni kan..tapi memang itu hakikatnya...  da sape2 yang x tahu nak try kat mana ????meh aku tolong korang... aku tolong suggest jer la... nnt korang try la sendiri ek...ok ker cam  2???

aku kasi link kat korang taw...korang search la sendiri, pas 2 decide nak try yang mn... aku kasi link tempat yang aku pernah g je la... tapi nnt, for those yang ada tempat lain yang  nk suggest kat aku, adalah di alu2 kan...sharing is caring kan????? aku pun nak try gak tempat yang aku belum pernah g...  harga not bad la... depends pada menu yang korang pilih la...basically, klaw untuk 2 orang, korang budget jer below RM100.... tapi slalunya, xsampai pun... pandai2 korang lah... he3...
Adani Tea
Kebab & Orange Juice
Madghout rice
Mixed Grilled
Neopolitan Pizza
For more information. juz CLIK....


 ni tempat yang aku pernah gi... antara ke empat-empat ni, aku prefer Wadi Hadramawt Restaurant...he3...



23 September 2011

The Cave Of The Golden Rose


The Cave Of The Golden Rose.....sape yang pernah tgk citer ni????? bez giler sioooottttt...aku dah lama tgu citer ni...stahu aku, last aku tgk citer ni time aku darjah 5 kot...klaw x silap la...memang bez...aku taw, korang pun ramai gak yang minat gak kan???? dah selalu sgt aku tgk kat paper, (selalunya kat paper bahagian yang selalu orang dok komen and dok wat permintaan 2 la),  diorang minta citer ni ditayangkan semula...tapi xda apa respon pun....tup2, tv9  tayangkan...wahhhh...lega rasanya...akhirnya penantian 2 berakhir jua....so, bagi saper2 yang belum tgk citer ni. better tgk...sure korang x nyesal punyer....for sure, rating citer ni kat tb9 melonjak2....juz wait and seeeeeee...weee....he3...xsabar nak tgk.. pelakon yang paling aku minat, Tarabas & Fantaghiro...marvelous lah....
so sweet...Fantaghiro & Ramualdo


oh Tarabas....so encem....

untuk makluman semua, citer ni dah pun ditayangkan kat tb9, setiap ari Ahad pukul 10.00 malam...mgu ni klaw xsilap aku, dah episod 3 kot...episod 1 ngn 2 aku xdapat tgk....sedih sangat2...harap2 x miss dah citer ni....i luv it very muchhhh


di sini, aku sertakan sekali link you tube untuk sesaper yang nak search tgk citer ni... klik DI SINI yer...selamat menonton....


20 September 2011

B.I.G (Bina Insan Guru) @ Teratak Riverview - Edisi 1


helllooooo....tengah wat per 2????? Pernah dengar program B.I.G x?????aku pun baru taw jer....saper yang bakal jadi cikgu ataw siswa-siswi perguruan sure tahu kan??????????? 2 3 ari lepas (17/9/11 - 19/9/11), aku da join program B.I.G ni, memang wajib join pon...kira paksa rela la ni... but at d end of d program, i got  a lot of beautiful memories...TQ to KPM coz built this program and TQ to UPSI coz organize this program to us..

memang bez giler...3 ari 2 malam beb, kitorang kena ber'camping' dalam hutan...lokasi program adalah kat Teratak Riverview ...time aktiviti 2 berlangsung, memang da gak perasaan tension, menyampah, letih dan macam2 lagi la...but from what i've go trough along the period of time, i can conclude that...MEMANG BEZ....i enjoyed all the activities...time dalam camp 2, aku x bawa handphone, so, xda la gambar2 dalam hp aku...tapi xper...member aku da bawa camera...nnt aku 'curik' dari dia...then aku tunjuk kat korang taw...(tunggu dalam B.I.G (Bina Insan Guru) @ Teratak Riverview - Edisi 2nnt)

fasi2 dalam program 2 pun bez, diorang memang giler2...cuma ada certain2 part la aku x suka...tapi xpe la...yang penting diorang ok dan pandai menguruskan aktiviti...tabik spring untuk fasi2 yang terlibat dalam Progranm B.I.G ni...TQ very much to them...antara aktiviti yang aku buatr adalah aktiviti tali, LDK, survival, night walking dan tubing...

dalam aktiviti tali, group aku kena wat flying fox, monkey bridge dan abseiling...memang bez lah...sume ni aku dah pernah wat dalam PLKN dulu...but it's ok..aku enjoy...at least aku dapat satu lg pengalaman dalam hidup aku. untuk aktiviti tubing lak, group aku kena wat water confident. yang ni penting supaya kita tahu teknik2 dan cara bg kita tidak takot ketika berada dalam air...yang ni aku pernah wat time aku sekolah dolu2...he3...yang paling adventure aku rasa adalah time tubing...kena menyusuri sungai hanya guna tibu tayar ja wei...jarak sungai dia jauh gak ar...tambah2 da gak kawasan air yang laju...2 kali gak aku hampir lemas...cuak wei, tapi cuba aku tenangkan hati...akhirnya, dapt juga sampai kat garisan penamat dengan selamat

untuk aktivi LDK lak, aktiviti biasa2 jer, tapi yang xleh blah, kena guling2 atas selut...eeee...pas 2 kena lalu kawasan air berlumpur paras bahu..memang azab gak la time 2...survival lak, aktiviti yang mendedahkan kita cara bagaimana kita nak survive dalam hutan...lg satu aktiviti yang boleh tahan cuaknya adalah aktiviti night walking..kena berjalan sorang2 dalam hutan hanya berpandukan tali yang telah di ikat...kena follow jer tali 2...dalam perjalanan seorag diri dalam hutan 2, ada la gangguan2 yang 'dicipta' oleh fasi2..kalaw dalam program  2, memng x cukup tido la....tapi nasib baik la 3 ari 2 malam ja...klaw seminggu???????????xtahu nak cakap la..he3

ok lah, aku rasa dah panjang sgt ni...nnt aku continue lagi dalam  B.I.G (Bina Insan Guru) @ Teratak Riverview - Edisi 2 yer...bye korang..

*p/s: x semestinya apa yang kita suka itu adalah yang terbaik untuk kita dan yang kita x suka itu adalah yang buruk bagi kita, kadangkala yang ahit itulah penawar dan yangpahit itulah yang sukar untuk ditelan...

10 September 2011

EDISI RAYA 2011

Salam Aidiffitri buat semua, 

Arini aku da mood untuk update blog. So entry aku kali ini adalah......haaa...pasal apa lg klaw bukan pasal raya. Maklum la, skrang ni kan masih dalam bulan raya....xda hal la der...cewahhh...Raya stahun skali jer. Maksud aku Raya Puasa la..Raya Haji x termasuk taw..Raya Haji kat tempat aku ni x meriah macam orang Pantai Timur sambut Raya Haji.. Tempat aku sambut biasa2 jer. Raya Puasa pun dah x semeriah dulu. Maklum la, budak2 kat kampung aku 2 semua dah besar2. Jadi bilangan generasi diorang kat kampung aku 2 dah makin berkurang la. Xmacam zaman aku kecik2 dulu. Memang meriah. Mana x nya, yang bg meriah 2 aku la...ha3...perasan jer kan.

Budak2 skrang kira nak duet raya jer. Bab2 makan ni xda maknanya, xmkn pun kueh2 raya 2. Asal datang jer nak duet raya. Dah dapat duet raya, diorang susun strategi nk 'serang' umah lain lak...hurmmmm...klaw time aku dulu, keje mkn jer.. duet raya memang nak jugak, tapi mkan pun kena jugak. Nak jalan jauh la katakan...perot kena jaga..baru da tenaga... Time aku kecik2 dulu, g braya jalan kaki jer... Bila dah besar ni, naik *kete ler... 2 pun kete member...bila la aku nak dapat bawa kete sendiri ni...
( *kete =  kereta )

Time raya la masa untuk kumpulkan saudara mara dan jumpa balik kawan2 yang dah lama x jumpa 2. Pendek kata, time raya la juga dapat wat gathering atawpun wat reunion....ha3....Tahun ni raya aku x semeriah tahun lepas sebabnya apa yang aku plan x jadi. Tapi tahun ni punya raya bez gak la. Sebabnya aku dapat berjumpa dengan kawan2 yang dah lama aku x jumpa. Lama gak la, hampir tujuh tahun gak la. Bila dah jumpa balik, rasa sedih lak. Rasa macam Jejak Kasih...ha3... Meh sini aku nak share some pictures with u ols. 
.
.
.
.
.
.
.
.


yang baju oren 2 x lama lg nak tunang dah...he3..aku bila lg nie????????


ni kawan baik aku, x kira susah ke, senang ke, dia sentiasa di sisi...sayang dia sgt2...


ni la antara wajah kawan2 aku time sekolah dulu... sebenarnya ada lg gambar2 ni. tapi da kat member aku. dia blom kasi sama aku atawpun blom upload kat fb dia. so yang ni je la yang ada. Pic yang ada kat dia 2 da lagi member2 lain. tapi yang ni jer yang dapat aku share... <3<3<3

* walaupun jauh di mata namun dekat di hati....



13 August 2011

AkU NaK KuRuS!!!! AkU NaK SiHaT!!!!!


ok x tajuk entry ni???????????? ke over sgt tajuk dia??? he3...sebenarnya aku nak promote something ni. kawan aku ni, dia jual PC & TV dance mat.. korang tahu x apa benda 2???????haa...meh aku nak bgtaw cikit...bnda ni guna untuk exercise. boleh connect dengan PC ataw pun TV. bila dah connect, korang pijak jer 'mat' 2. kat 'mat' 2 ada anak panah (arrow). korang pijak jer arrow 2 mengikut step yang ada kt PC ataw TV tue... 

memang bez la...aku pernah try juga. ada la music ataw pun lagu2  yang berkumandang time korang exercise 2..lebih kurang mcm menari la...hu3...memg enjoy... xpyh nk kuar g cari gimnasium ker, track ker, apa jer lah yang sewaktu dengannya...dalam umah pun korang leh exercise... korang juga boleh 'menari' dengan member...'menari' serentak..cuma pasang cable jer...pernah tgok contoh dance mat x??????????????haaa...x pernah???? xtahu ?????ish3...meh aku nak tunjuk cikit...at least korang dapat la gambaran cikit kan...ni aku dok citer panjang berjela tentang dance mat, tapi korang xtahu plak rupa dance mat 2...hu3...

ni contoh dance mat tue...cantik x???? bukan cantik yang di persoalkan skrg...tapi...nak kurus x????nak sihat x??? klaw nak..bli laaa...murah jer

ni semua wayar2 ataw pun cable yang korang perlukan untuk connect dengan PC ataw pun TV korang 2...klaw xda benda alah ni...x berfungsi la...



 aku ni  byk berleter jer kan?????tapi x bgtaw pun cara nak bli...harga brapa????he3...aku tolong promote jer, tapi klaw korang berminat, bleh trus ke blog member aku ni...lg detail information yang korang bleh dapat... lupa plak nak bgtaw...lagu yang dalam 2, korang leh install sendiri....masukkan jer lagu apa yang korang nak...if i'm not mistaken la...so klaw korang nak keterangan lanjut, korang klik jer kat  SINI ... klaw korang berminat juga...senang2 korang bg la comment cikit kat entry aku ni...nak taw juga perkembangannya...boleh kan kawan2 ku sekalian?????? klaw cam 2. memang cayang la kat korang...

 untuk tengok demo,KLIK sini yer...selamat menonton...hope ada la yang berminat yer...


10 August 2011

Oh StReaMyX


hello...hello..hello...umah aku dah da streamyx..opsss...bunyi macam riak jer...x baik la klaw mcm ni kn????xda la..saja jer...bukan ape...saja nk hepy kan diri. sblmm ni kat umah sewa aku xda tenet...broadband pun mcm hampeh jer...klaw nak g cari bahan kat tenet pun terpaksa g Proton City (area tempat aku blajar)...

so......bila dah da tenet kat umah ni, x payah la nk berat2 bahu bawa laptop g claz....so,  tetibe jer jadi rajin kan?????nk update blog pun xda masalah la...enjoy jer...klaw x....bikin gua panasssssss jer...alhamdulillah,darjah kepananasan 2 dah dapat di kurangkan dengan adanya streamyx ni...

TQ kepada pak cik yang datang pasang semua bnda alah ni kat umah kitorang...klakar juga pak cik yang datang pasang 2...nasib baik dia x sombong...bukan apa, sepanjang hampir sebulan aku kat Tanjong Malim ni, aku asyik jumpa orang yang sombong jer...xda langsung nak mesra...hilang budaya senyum...

sebenarnya, aku nak update citer pasal presentation  grup aku sebenarnya, tapi gambar aku x edit lg...next time la....ok x korang??????????????? da gambar2 yang cantik2...nnt aku upload untuk korang taw....

boleh caya ker cakap  si 'mamat' ni

06 August 2011

KISAH PELIK DI BULAN PUASA, YANG TIDAK PENAH TERJADI PADA BUKAN BULAN RAMADHAN


morning semua...sihat ker???????nak taw x story aku pg ni??????????haaa????nak tahu???? bzbody la korang ni...sebok jer nak tahu kan?? tapi xpe........memang nak kasi taw kat korang pun...he3... cayang korang lah.hiihihihihhihihih (gelak gediks)....Sebenarnya mcm ni...

pada suatu hari........................................cewah2.xda lah.jahat aku ni kan?nk citer tapi main2.macam ape jer.ok2. ini yang betol punyer taw...jgn marah yer...nant kena jual...
semalam (5/8/2011), aku tolong member aku masak kari ayam. oqang utaqa macam aku ni panggil kari ayam 2 gulai ayam taw...additional information utk korang yang blm tahu lg jerr :)...ok,  kita continue balik dengan citer sal kari ayam tadi 2  yerr...member aku 2 plan nak masak kat 'bakal mak mertua' dia. diorang ni x tunang lg. tapi saja jer aku naikkkan taraf 2...he3. pandai2 jer aku ni kan????? tapi xpe, kita teruskan lagi dengan citer ni....pas masak 2, terus  aku teman dia p antar.

dalam pukul 6.30 ptg macam 2 ar. dia nak p sorang dia cegan. klaw aku, aku pun aku cegan beb...bila dah sampai  umah 'bakal mak mertua' dia 2, kitorang pun disambut dengan baik...alhamdulillah selamat sampai. tapi member aku 2 dah start cuak dah.aku xda hal. bukan aku yang nk jumpa 'bakal mak mertua' aku...tapi xper, semua still under control lagi....time kami sampai 2,  'bakal mak mertua' dia tengah 2 kopek petai..opssss!!!! hati2 dengan perkataan kopek yer...klaw area kekantan 2, dah lain dah maksudnya 2...tapi maksud aku bukan yang 2 yer...jgn slh faham lak....maksud aku, mak cik 2 tengah kupas/ perisi petai (asingkan biji 2 dari kulit petai)..ada fhm kaa??????klaw faham xpa la...

dalam kul 7.00 ptg 2, kami pun minta izin la nak balik...bukan apa...kat umah sewa kami 2, x da juadah air lagi untuk berbuka. so...kena singgah kedai cina kat area umahtaman kami 2 dulu la...singgah bli ais batu...time nak balik 2, punya la banyak 'bakal mak mertua' dia 'balas' kat kami. kitorang bg kari ayam jer, tapi mak dia bagi mcm2...paru goreng berlada la, tempoyak la, buah melaka la......alhamdulillah...rezeki2...

tepat jam  7.31 malam,(waktu berbuka bagi kawasan Tanjong Malim  dan kawasan2 yang sewaktu dengannya pada hari itu), kami pun duduk bersila la  depan juadah makanan yang telah kami hidangkan 2...wowwww...nampak byk lak...maklum la, da juadah tambahan. biasanya 2 jenis jer. tapi hari 2 sampai 5 jenis...makan pun bertambah selera la... nak di jadikan citer, kari ayam 2 lebih banyak la plak...nak buang sayang...rezeki bulan puasa wei, mana leh buang mcm 2 jer...so, terkeluar lah idea dari member aku 2, nak kasi kat mamat proton kat sebelah umah kami ni...aku pun dengan pantas, bersetuju jer.ha3...(gelak jahat)...so, kitorang pun tapaw la letak dalam tupperware bg kat mamat sebelah ni. mamat ni ok cikit,dia wat hal dia ja. xda la nk usik2 kami ni. sopan jer. senyap jer. pemalu kot. x gatai macam mamat proton yang umah lg satu 2...suka mengusik @ ngorat anak dara orang....bini orang pun diorang ngorat. maka kami bertiga pun kasi la kat mamat sebelah umah ni (3 orang sebab da lg member aku lg sorang). pas antar makanan 2 (antar tepi pagar jer pun), semua pakat masuk dalam umah, gelak sepuas-puasnya...hahahahahahahaha...buat kerja gila. bukan nk ngorat mamat proton 2 la....kami masing2 dah berpunya...xleh gatai lebih2... kena control cikit gatai 2...klaw pakwe curang, taw plak marah... sendiri maw pikir la beb (to my ehemmm3, klaw terbaca pasal ni, jgn marah yer...saja suka2 ja...xda niat pun..ok???)...

hari ni plak, aku keseorangan kat umah sewa, semua pakat xda kat umah...2 orang balik kampung, lagi sorang 2 g jumpe pakwe dia...aku jer jadi penjaga kat umah ni. kawan aku yang sorang 2 (yang buat kari ayam utuk 'bakal mak mertua' dia 2) ada ajak balik umah dia, tapi mls la plak nak ikot...xper, buat berani jer duduk kat umah sewa ni sorang2... k lah...dah lenguh tangan menaip.. nnt kita smbung lagi yer.. bye semua......mmmmuah...

29 July 2011

Dunia Blog Yang Dah Lama Aku Tinggalkan


hello...hello...hello...dah lama x update blog ni...xda perkembangan info...sori buat semua yer...dah lama x update, so, aku pun dah xtahu nak start balik mcm mn????alahai...tapi xper...akan aku usahakan kembali...

untuk pengetahuan semua...aku dapat masuk UPSI...alhamdulillah, buat pertama kali aku cuba DPLI, akhirnya aku berjaya.Syukur sangat2. Ada sesetengah orang 2, dah banyak kali mohon, tapi xdapat... xda rezeki kot. Walaubagaimanapun, aku doakan diorang akan terus sukses dalam apa jua bidang ataw cabang pekerjaan yang diorang ceburi...amiiin...mudah-mudahan juga, perjalanan hidup aku di UPSI ni pun berjalan dengan lancar. Aku dah dapat peluang yang kebanyakkan orang xdapat, so aku kena gunakan sebaik2nya peluang yang telah di anugerahkan Allah ini kepada aku...ALHAMDULILLAH...

Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) merupakan universiti kedua aku selepas Universiti teknologi MARA(UiTM)

CIKGU!!! satu perkataan yang biasa di dengar. Gelaran akan terus dibawa, bukan saja sewaktu di dalam perkhidmatan mereka di sekolah, tetapi ia akan terus di bawa sehinggalah ke akhir hayat...Begitu besar jasa dan peranan guru. Untuk menjadi guru juga bukannlah satu profession yang di anggap mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang harus di tempuhi. Tambahan pula, sistem pendidikan di Malaysia kini kian mencabar dengan arus kemodenan dunia. Pelajar kini bukan lagi seperti pelajar dulu. Pemikiran mereka terbuka luas. Semuanya berpunca daripada perkembangan teknologi dan aliran pemikiran yang serba tahu. Tetapi kita tidak boleh menjadikan itu sebagai alasan untuk takut menjadi seorang guru. Memang sudah lumrah guru bertindak dan melaksanakan tugas sebagai pendidik iaitu memperbetulkan segala apa yang salah dan menambahkan ilmu kepada pelajar. 

Sehebat mana pun seseorang itu kelak, ingat lah bahawa semuanya bermula daripada seorang insan yang bergelar GURU...

JOM KITA TENGOK GELAGAT CIKGU DAN MURID DI BAWAH...saja jer untuk selingan ...he3




****rumusan: untuk menjadi guru, kita haruslah memperlengkapkan diri kita dengna pelbagai persediaan dan ketahanan dari segi mental dan fizikal****

Di kesempatan ini, aku ingin memgucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik aku. Tidak kira lah sama ada ketika aku di Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah atawpun ketika aku di menara gading.. kerana dengan berkat usaha mereka lah, aku menjadi insan berguna...semoga, impian aku untuk menjadi guru kelak akan termakbul..semoga Allah permudahkan perjalanan hidup aku di sini...terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) kerana menaja aku selama tempoh pengajian aku di UPSI ini..

Terima Kasih  KPM sebab menaja saya..


27 March 2011

SeLaMaT TinGGaL MELODI.....

hai sume...korang tengok x MELODI kat TV3 tadi...alaaa...macam biasa la..setiap ahad kul 12.30 tengah hari sampai pukul 1.30 tengah hari. Rasa sebak lah hati aku bila tengok kat ending rancangan 2..meraikan perpisahan Fara Fauzana dan Wahid sebagai pengacara MELODI....pengacara baru yang bakal menggantikan diorang adalah Zizan (Raja Lawak) dan Dira....xtaw la sehangat Fara Fauzana & Wahid ataw x?????? Sama-samalah kita saksikan minggu depan...hu3...Rasanya Fara Fauzana & Wahid dah sebati dengan MELODI...Bila ingat MELODI pasti ingat Fara Fauzana & Wahid...pas ni xda lagi la lawak sengal diorang kat MELODI....he3...


Gelagat Wahid & Fara Fauzana yang pasti akan dirindui oleh semua peminat Melodi...


Inilah antara kenangan  Fafau & Wahid bersama MELODI...   Time ni diorang tengah  menemu bual Nas Ahmad dalam satu siaran rancangan Melodi baru-baru ini.


Apa2 pun gud luck untuk  Fafau dan Wahid...semoga korang  sukses selalu ....Dan untuk Zizan (Raja Lawak) & Dira selamat menjadi pengacara baru untuk rancangan MELODI...semoga kemunculan korang dalam MELODI dapat mengubat rindu kami pada Fafau dan Wahid...


Wajah baru yang bakal mengemudi MELODI berkuatkuasa April ini...welcome to MELODI, Zizan & Dira

 Ni plak petikan yang aku amik dari mstar.com.my :

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, pihak TV3 tidak menafikan keserasian dan kehebatan Wahid dan Fara selama hampir enam tahun memikul tanggungjawab sebagai pengacara Melodi.

Namun, selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini, pertukaran pengacara Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan.

“Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Dira kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri dalam meredakan suasana setelah paparan panas dan sensasi dihidangkan.

“Kami juga percaya setiap pengacara dianugerahkan dengan bakat yang berbeza dan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri.

“Bukan sekadar bertumpu kepada gurauan dan usikan semata-mata, jika diberi peluang, gandingan Zizan dan Dira mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton,” katanya.

Untuk makluman, Wahid dan Fara akan bersiaran sebagai pengacara Melodi buat kali terakhir di lokasi Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac ini, manakala gandingan Zizan dan Dira akan mula mengambil alih pada minggu berikutnya bersiaran langsung di Arena of Stars Genting, sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (3 April).

Bagi peminat Wahid, anda masih boleh melihat telatah spontan serta mencuit hati pengacara berbakat ini sebagai pengacara baru program Ewah-Ewah bergandingan bersama Nabil yang akan mula ditayangkan di TV3 mulai April nanti.

Kejayaan program Melodi bukan sahaja meraih perhatian penonton dari segi kandungan terkini dan infomasi bermutu, malah program terbitan TV3 ini meletakkan perantara berkaliber sebagai platform untuk berinteraksi bersama penonton setianya.

Sejak mula diterbitkan pada tahun 1992, nama-nama seperti Dato’ Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali, Raja Azura dan gandingan serasi Wahid (Senario) dan Fara Fauzana merupakan sebahagian besar daripada anak seni tempatan yang telah diberi kepercayaan memikul tugas berat mengendalikan program popular ini.

Program Melodi masih mengekalkan waktu siarannya iaitu setiap hari Ahad, jam 12.30 tengahari.


Lastly, all d' bez untuk MELODI juga...semoga rancangan ini akan terus diminati ....


20 March 2011

PeNaT TaPi EnJoY....Mmmuuuahh



17 hb Mac 2011 ari 2...aku da g interbiu kat Kolej SAL,Kamunting, Perak. Aku g sana naik bas Konsortium kul 8 pagi. Interbiu aku kul 10.00 pagi. Nasib baik sempat taw. Perjalanan dari Butterworth ke Kamunting lebih kurang 1 jam ja. 'Cik abang' aku tunggu kat stesen bas Kamunting. Nasib baik dia sudi tolong aku ari 2...kalaw x...ternganga-nganga gak la aku nak cari tempat 2. Aku sampai kat kolej 2 on time kul 10.00 pagi. Aku kena soal siasat hampir 1 jam gak la. Tapi interbiu santai jer...Alhamdulillah...semua selamat...(ayat macam baru lepas bersalin ja)...ha3...


Lepas semua hal pasal interbiu 2 setel, aku ngan si dia gerak g Cameron Highland. Sebenarnya kami x plan pun nak g sana, secara tiba2 jer idea nak g sana datang dalam kepala kami nih...Bila samapai kat Cameron Highland jer, ujan la plak...spoil jer kan???? So, x banyak la gambar yang dapat aku ambil dan x banyak la barang yang dapat aku beli..dapat beli souvenir key-chain dan pokok kaktus ja....jadi la...dari xbeli apa2 langsung kan??? Len kali klaw da duit dan masa, leh pergi lagi..hu3....



Ni kaktus yang bakal menjadi kesayangan aku...he3..si dia belikan utk aku...niat nak beli 1 pokok jer....tapi dapat tujuh lak...suke3


Nice souvenir...


Aku x ingat aku bertolak balik dari Cameron Highland 2 pukul brapa, tapi dah nak malam la....hu3...sakan gila...niat asal nak g interbiu ja pun....xpa la...bukan g wat benda x senonoh...


Sebelum si dia nak antar aku balik, dia da ajak makan kat satu tempat ni. Dia kata sedap...so dia nak bawa ak try la...aku pun follow la..klaw kuar ngan dia, x payah risaw la bab2 makan ni...mesti da tempat special dia nak bawa aku g try sama...bertuahnya aku ni...hu3.Alhamdulillah... Bila sampai kat kedai tu, mata aku dah memang kuyu giler dah...ngantuk beb....pape hal...makan dulu.....


Ni menu yang kami order malam 2 ----> ikan siakap 3 rasa, kerabu sotong, nasi putih 2, tomyam campur, kangkung goreng belacan, jus carrot dan nescafe ais....


Menu dia....fuhhhh, sedap giler...aku x tipu...ikan siakap 2 boleh pilih sendiri. Da macam2 jenis ikan dok ada...harga dia kira berat ikan la..brapa gram...ikan yang kami pilih 2, 600g jer...semua sedap...cuma tomyam dia jer kureng cikit...ikan 2 korang leh pilih dalam sampan yang diorang letak kat tepi kedai diorang...sampan 2 bersih la...jangan risaw la...memang bez...Tq utk si dia coz bawa aku makan kat sana....



Pas setel bab2 makan, dia pun antar aku balik...penat giler ari 2..tapi enjoy...bukan selalu dapat jumpa orang yang tersayang....pasal kedai makan yang sedap 2, aku lupa la nama dia...kalaw korang nak tahu, post la comment untuk entry ni yer..nanti aku reply...

KaWeN OH KaWeN!!!!!



bila la turn aku nak kawen lak ek??????????he3...ramai member2 dah kawen ni...xleh jadi nih....kena berusaha cepat ni...ha3...statement xleh blah kan??? biasa la...umoq pun dah meningkat....berangan-angan ke arah tu la plak...dah sampai seru nant kawen la aku ni...he3...jom pakat doa kat aku ramai2...bagi aku cepat kawen...he3...tq3

13hb Mac 2011 yang lalu, aku ngan kawan2 sekolah menengah aku dulu da pegi  kenduri kawen kawan sekolah menengah aku yang sorang neh....nama dia AINI...comel siot....baju pengantin warna purple gitu...dah la dia pun comel...pasangan dia pun comel...mix chinese-melayu kot...kalaw xsilap aku la.... nak tengok pic diorang???????? i'll show you..jeng3..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Selamat Pengantin Baru ---> Nuraini Bt. Ab Rahim & Muhammad Raiq Zarif B. Muhd Resmi Lim..

kenduri ni memang happening giler coz ada 3 pasangan pengantin...buat 3 serentak...memang ramai la tetamu yang datang...time2 ni la dapat jumpa kawan2 lama balik...kalaw x, xtaw la bila lagi dapat jumpa...hope kenduri aku nanti pun meriah macam ni...ceeewahhh...berangan giler...tapi xsalah kan???bukan brangan wat benda x elok....he3...

.
.
.
.
.
.
.

Comel tak 3 pengantin perempuan ni...sweet kan?????


semoga semua pasangan ni bahagia hingga ke akhir hayat...amiiinnnn



08 March 2011

AkSi PaNaS KaNaK2 DuA TaHuN


Haaaaaaaaaaaaaa...gimik x entry kali ni?????????? saja jer...mana la nak tahu kot2 dengan entry gimik ni...traffic akan up cikit...he3...xda idea sebenarnya...2 yang dah lama x update blog 2....so, xda la entry2 baru...sori taw.


Bulan Mac ni, aku mulakan dengan entry pasal anak sedare aku a.k.a anak buah...aku da anak buah 2 orang jer...tapi yang nak story mory ni sorang jer...nak citer sal adik a.k.a FARAH ELLYYANA....nama mcm artis...abg dia yang pilih nama 2...time 2 abg dia minat elyana...alaaa penyanyi muda 2...he3. So bila dapat adik pompuan jer, trus nak letak nama artis 2...yang si mak (kakak aku) plak...follow je la...he3....


 Nak tahu brapa umur si abg time 2???? Baru 6 tahun daaaaaa...nama dia MOHD ZULHAIKAL...maksudnya...pohon yang rendang dan subur...patot la badan dia pun subur jer...he3..(montel...tapi suuuweeeet)


Aku nak upload pic Farah ni...ngan 'buah hati' dia, Mazuan, anak jiran sebelah umah aku tapi aku panggil abah si Mazuan ni  Pak Ngah...


Tersebut la kisah...pada petang ahad yang lalu (6hb Mac, 2011), aku bawa la farah ni jalan2 amik angin kat luar umah jer.......tiba2 aku ngan Farah nampak Mazuan tengah kayuh basikal....aku pun panggil la si Mazuan 2...aku suka budak 2...dia cumil sgt...pipi dia pun lembut...aku suka picit...lembut giler...gerrrrram aku tengok...he3...banyak cakap lak 2...


Dia dengan lajunya pun, terus kayuh basikal dia datang kat kami...tiba2 jer aku da mood nak snap pic diorang...aku pun suruh la diorang posing...amboi Farah... Minah posing rupanya...pantang da laki cute...he3...yang Mazuan lak malu2...macam xda persaan pun ada...he3...nak tengok aksi diorang???????jom..check it out...


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
main2 scroll la dulu...he3...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
scroll la lagi...cikit lagi jer nak sampai dah...he3(jangan marah)..nant kena jual....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.ni pic diorang...tgok la...

ni pic mula2...malu2 lagi kot Farah 2...


yang ni dia dah pandai posing..


yang ni plak...aksi yang xjadi...candid la 2...faham2 je la...


ni sambungan pic yang candid 2...amboi2 Farah...

ni pic Farah ngengada...main chukk chakk lak...hu3

ni Pak Su dia...adik aku yang bongsu la...manja gila dia ngan Pak Su dia...



So...sekian sudah lah alkisah pasal Farah ni yer...dia ni walupun kecik...kuat buli abang dia...dia lagi gagah dari abang dia...he3...



p/s: Love U Farah...Love Sooo Much..Mmmmuuaahhh

SILA TINGGALKAN JEJAK YER.....SENANG NAK USHAR BLOG KORANG NANT.....he3

TaBuNg AmAnAh SaYa...he3

Yang Menarik Utk Dilihat