Search This Blog


31 December 2010

TraGedi 28 DiSeMbEr 2010

hai apa la nasib....macam2 jadi on this date..abah aku ngan adik aku accident. kena langgar lari...waktu 2 pukul 9++ pagi la. abah aku bawa adik aku naik moto. tujuan dia nak beli buku sekolah kat adik aku. on the way nak pi SMK Pokok Sena, abah aku ngn adik aku kena langgar ngan moto dari arah belakang. yang langgar 2 plak budak sekolah yang xda lesen. yang langgar 2 bukan lelaki taw...tapi pompuan. memang kuang jaq la...dah la langgar bapak aku, pas 2 blah cam 2 jer...memang xda ati peqot langsung. sepatutnya ari 2 aku nk p 'dating' la. tapi xda rezeki kot. nak wat cam na. terpaksa la dibatalkan niat aku 2. abah aku harus diutamakan dulu. time kejadian 2, aku kat umah, tengah masak tengah ari...aik...kul 9 pagi masak untuk tengah ari?????awal giler...he3...memang la...aku masak awal sebab plan aku, aku nak kuar ngan orang tersayang. mak bapak aku pun dah bagi green light nk kuar dating. tapi malang x berbau. abah aku accident lak..xpe lah...lain kali lah kuar dating. yang 2 x penting sangat. tengah aku dok kusyuk masak 2, ada la salah sorang orang kampung aku ni, datang bagi taw aku, abah aku accident. time 2 aku dah cuak giler...nak wat apa ni?????blur...lagipun xda sapa kat umah aku ni...sume kuar g kejer...so aku pun kol la sume adik bradik aku...yang tengah kjer 2, aku kol suoh balik...time aku tengah busy dok callling2 adik bradik aku, orang yang menyaksikan accident 2, dah minta bantuan ambulans...Tq ek untuk orang2 yang dah tolong abah and adik aku 2...really appreaciate it..abah aku ngan adik aku depa antar pi Hospaital Kepala Batas. Adik aku luka ringan ja. dia luka kat lengan kanan. tapi abah aku teruk cikit ar. muka dia memang luka teruk. kena jahit kat kening 6 jahitan...lebam gak ar...darah kuar banyak giler kat kepala. tapi alhamdulillah, pas X-ray, doktor kata xada apa yang serius. kepala pun Ok. so, pas abah aku wat X-ray, doktor check sume Ok, abah aku pun leh balik....so settle la bab accident 2...pengajaran kat sini, pada budak2 yang xdak lesen ,xpayah la dok gatai bawa moto, jadi apa2 kat tengah jalan payah...mak pak plak xpayah la dok bagi anak2 depa naik moto klaw xda lesen.. dah tau benda 2 salah dan bahaya...nasihat la sikit anak2 2....nasib baik la abah ngan adik aku Ok...klau jadi benda yang lagi teruk....aku xtau la...



malam 2 plak, abang aku ajak pi Pizza Hut...........dia nk redeem Hot Ticket dia. dia ada 29 keping Hot Ticket..byak gilerrrrr. he3...memang kenyang la malam 2. 


 ni la contoh Hot Ticket 2..he3..aku lupa la nk snap Hot Ticket abang aku punya...klaw x, leh tunjuk bukti kat korang sume..

mula2 kami pi Tesco Extra kat Seberang Jaya. rupanya xda Pizza Hut kat sana. pas 2, nak menjimatkan masa, aku pun SMS la kawan aku. tanya dia kat mana lagi ada Pizza Hut. dia pun bagi taw la kat lokasi sekian2..he3..aku ngan abang aku pun terjah la tempat 2..kami kuar dari umah dalam pukul 8.30 malam macam 2 la...tapi disebabkan kami xtaw tempat mana yang ada Pizza Hut, so kami sampai la kat  Pizza Hut Sunway Carnival Mall 2 dalam pukul 9.15 malam. cashier kat kaunter 2 pun pening kepala gak la handle Hot Ticket kami 2...lama gak la tunggu...pukul 10.00 malam baru settle sume 2...tapi berbaloi la dapat makan pizza...memang banyak giler. so kami pun bagi la cikit kat jiran2 dekat ngan umah...Fuhhhhh...kenyang giler dan puas atie la dapat makan pizza...Tq  to Hot Ticket....
ni la bangunan  Sunway Carnival Mall Seberang Jaya...ni pic aku amik kat tenet..sapa punya ntah aku amik ni..he3 

1 Hot Ticket dapat 1 personal pizza. tapi kami xdapat personall pizza. da yang dia wat regular...coz banyak sangat personal..dia wat regular la...x kesah la...aku sume Ok jer..pizza gak...tapi 1 Hot Ticket kena tambah RM 1...he3, so sapa yang da Hot Ticket, leh la pi redeem yer...berbaloi-baloi....

ni pepperoni pizza...contoh je la...kalaw makan yan personal punya, aku sorang pun dah kenyang...he3

26 December 2010

KaTaKaN TiDaK PaDa PoLiStEr!n DaN PLAsTiK

Meh cini aku nk berkempen jap.ha3...mcm ahli politik nk bertanding pilihan raya lak aku ni..keh3...nak berkempen-kempen bagai...ahakkss. xdalah, ni kempen tentang bahayanya penggunaan polisterin ataupun apa saja yang berasaskan plastik laaaaaa. Aku rasa ramai yang dah tahu, tapi maybe wat2 xthu ataupun mls nk amik tahu kot. Kat sini aku nk share sikit info ngn korang sume..sume info ni aku cari kat tenet. So, aku dah code dari mana info ni aku amik. Klau korang nk search further info, korang klik jer kat link yang aku dah bg ni ek…aku cuma amik cikit2 jer.


Meh aku start dengan  APA ITU POLISTERIN????????



ni  la  polisterin...sinonim dengan 'white coffin'. nak tahu x knapa sinonim ngn 'white coffin'.??coz benda alah ni, kalau digunakan boleh menyebabkan maut...sbb 2 la dipanggil 'white coffin' , bkn saja2 nk panggil dia 'white coffin' taw



Polisterin mengandungi tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang mana bahan-bahan berbahaya ini 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.Tambahan pula,hasil kajian yang dilakukan oleh Institut for Energy and Environmental Research(IEER) pada tahun 1992 menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.  More info klik kat sini ek:  http://careiptb.blogspot.com/2010/01/bahaya-polisterin-dan-kesan.html



Selain itu juga, jeng3…ahaksss


kajian membuktikan bahawa polisterina mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan ia mengambil masa 500 tahun untuk reput dan kemudiaannya akan bertukar menjadi toksik. Malah, bahan styrene dan benzin yang terdapat dalam polisterina boleh membawa kesan buruk kepada alam sekitar melalui penipisan lapisan ozon dan ia tidak boleh dikitar semula.



kalau nak tahu juga, polisterin ni amat susah nak di kitar semula dan menganbil masa hampir 500 tahun untuk reput...hurmmm...lama 2...



Ada lagi ye, teruskan membaca…..~ngeh3~



Ia juga banyak mendatangkan kesan buruk kepada kita dan mendatangkan risiko tinggi yang boleh menganggu kesihatan. Sebagai contoh, kesan pada sistem saraf seperti kemurungan, tahap tumpuan yang rendah, kelemahan otot, loya dan gatal mata, hidung dan tekak. Kajian juga menunjukkan haiwan yang memakan kandungan styrene yang tinggi dalam jangka masa panjang mengalami kerosakkan hati, buah pinggang dan paru-paru. Maka tidak hairanlah styrene berkemungkinan menyebabkan kanser kepada manusia. More info, tekat je yang kat sebelah ni: http://www.gempak.org/forum/sembang-kosong/21802-bahaya-polisterin.html




so, untuk mengelakkan dari sebarang masalah ataupun penyakit, elok lah kita sume " SAY NO TO POLYSTYRENE"


Selain tu , banyak gak premis2, universiti2 ataupun kolej2 yang mengharamkan penggunaan plastik dan polisterin kat tempat diorang. Setahu aku, yang aku tau,USM, Politeknik  Sabah, Uitm, dan byk lg lah…aku nk bg info yg xda fakta btol ni…payah gak…takut tersongsang fakta…he3. Lagipun dah byk pasaraya dan shopping complex yg dah lama berkempen tntg bnda ni. Diorang dah set 1 ari untuk xda plastik dalam “transaction” jual bli barang. Sampai ada yg kena bawa beg sndiri time g shopping. Kah3 ..Bagus gak 2, dapat kurangkan  penggunaan plastik yang boleh mencemarkan alam sekitar. Tapi da gak yang xsuka coz leceh  nk bawa beg sendiri. Nth la…da yang suka, da plak yang xsuka…tapi suka2 kanlah yer…bkn teruk sgt pun…



USM adalah antara universiti yang melakukan kempen secara besar-besaran menentang penggunaan polisterin di dalam kampus mereka. universiti inilah yang setahu aku gigih melaksanakan kempen "The White Coffin" dan "Tapau Mania", sehinggakan mereka digalakkan membawa bekas makanan sendiri sebagai tanda memboikot polisterin dan plastik ni. bagus diorang ni...bersungguh2. respect la kat USM ni...cewah3



UiTM juga adalah salah sebuah universiti yang tidak menggalakkan penggunaan polisterin di dalam kampus. Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan tidak menggunakan polisterin di kafe untuk tujuan pembungkusan(tiba2 je wat ayat skema...he3)



Korang pandai2 la menilai, samada baik ker, buruk ker, leceh ker, apa ker tentang hal ni. Bagi aku, kadang2 aku xsuka gak guna benda alah ni coz dulu time aku degree, aku da wat thesis gak tentang polisterin ni. Byk gak la journal2 yang aku kena cari. Sambil mencari 2, aku kena la baca gak. Xkn la aku nk pakai sumbat masuk mcm 2 jer…x berkualiti la thesis aku nnt. Selak punya selak, baca punya baca, lastly timbul la kesearan dalam diri aku ni tentang bahayanya penggunaan plastik ataupun polisterin ni. So, korang mcm mn lak?????lu ikir la sndiri ek…aku dah share, terpulang la pada korang..ok??


Last skali, aku sediakan link ni utuk korang sume ek…korang klik la klaw nk further info tntg polisterin dan yang seangkatan dengannya yer…TQ…daaaaaaaaaa








21 December 2010

PERPISAHAN TERASING - KRU

bez lagu ni...bila dengar lagu ni teringat plak zaman aku sekolah menengah dulu. klaw xsilap aku, lagu ni famous time aku Form  2 kot. lagu ni byk minggu gak la jadi juara kat radio ERA. asal dengar lagu ni jer, jadi excited. buka volume smp habiz. sampai dorm sebelah pun boleh dengar. betapa hebatnya penangan lagu ni time 2.ha3..kat asrama xleh bawa radio. so alternatif kami, kami bli la walkman yang kecik 2. RM15 kot time 2. xdan 2 mgu rosak la.he3..barang murah la katakan.mn leh thn lama. klaw dapat thn lama memg hebat la. coz member2 aku time 2 ada yang xsampai 2 ari dah rosak. tapi walaupun hanya walkman, still kena sorok2. takut nant kalaw pengawas asrama nmpak, xpasai2 kena rampas. melayang la RM 15 aku. padahal aku pun pengawas asrama gak. tapi aku ni xkesah sgt. normal la 2. bknnya wat bnda jahat pun. juz nk berhibur jer. ni smp hiburan pun xleh, apa kes????kan???janj jgn da kes kecurian dah la.2 yang wat spoil 2. sbb sorang, orang len lak yg kena. memang nk kena sekeh la..mcm2 kisah la yang aku ada time skolah menengah dulu. kes hantu, kes kena marah dengan PK HEM, kes histeria, kes curi, kes bercinta. mcm2 la. itu la sebaghagian daripada kisah hidupa aku kat asrama dan di sekolah menengah.



SaYa SaYaNg MaK SaYa

mak, mama, ibu, bonda, ummi dan apa2 je la yang boleh digelar dan dipanggil kepada wanita yang melahirkan insan ber'status' anak...bg aku, aku panggil wanita itu "mak". aku sayang mak aku. tentu sume orang sayang mak dia kan?ada ke yang x sayang mak sendiri?he3...ada kot, tapi mayb orang 2 ada sebab kn?hanya orang 2 je yang tahu...kecik2 dulu aku xrapat ngn mak aku. tapi sejak aku duduk jauh dari family...aku mula rasa rapat ngn mak aku. berkongsi cerita, masalah dan mcm2 lg la. dipendekkan cerita, mak aku ni dah mula jadi sporting...i sayang u lah mak..time aku cuti semester jer, mak aku slalu lepak kat bilik aku. time 2 bermula la story-mory kami anak beranak. dah pandy bergosip rupanya mak aku ni yer. walaupun dah berumur tapi gossip tetap gossip...baru la hidup jadi happening...x gitu sume?????????k, sekarang aku nk luahkan rasa ati aku lak...part sedih. sob3.bermula la kisah dan ayat2 sedih aku ni.....

ni la mak aku...love u so much mom....mmmuuaahhxxx


mak ana takut saat ana akan kehilangan mak. time 2, ana dah xda tempat nk bergosip lg. ana dah xda tempat nk mengadu, bermanja dan berkongsi segala2 nya. ana takut saat 2.takut sgt2. ana sentiasa mohon pada ALLAH semoga ALLAH xamik mak dari ana sblm ana sempat balas jasa mak. ana nk mak rasa hidup senang seperti mn mak dah wat pada ana sepanjang ana jadi ank mak. ana bersyukur sbb ana ada mak yang baik dan sanggup bersusah payah demi anak2. walaupun masa ana kecik2 dulu, kita xrapat tapi ana bahagia sgt saat mak mula rapat ngn ana. ana terharu bila tgk pengorbanan mak untuk kami (anak2) sume. kadang2 mak xkisah pun tentang diri mak, keperluan mak. bagi mak, kehendak anak2 lebih penting dari kehendak mak sendiri. ana dapat rasa perasaan mak. kadang2 ana pun sedih dan terkilan bila ada anak2 mak yang xtahu mengenang jasa dan pengorbanan mak. tapi mak xkisah pun itu sume. tapi ana tahu, jauh di sudut ati mak, mak terkilan dan terkecik ati juga kn? xpe, mak doakan ana jadi ank yang baik yea. insyaallah, ana akan blas jasa mak tu. ana harap2 sgt2, doa ana setiap kali pas solat, mohon ALLAH xamik mak dari ana sblm ana sempat blas jasa mak 2 termakbul.....kita doa sama2 ye mak...akhir kata...ANA SAYANG MAK SGT2....

20 December 2010

JoM TeNgOk ApA YaNg MeNaRiK....



  1.  StuntBikers
  2.  i-Hangat
  3.  Jobless
  4. TAGroup
  5.  SOrg.Port
  6.  G1.tv
  7.  Benetton Crew Terengganu
  8. Panduan Komputer
  9. Asscrewz
  10.  BCT Fan
  11.  OJTweet
  12. Jobs Community
  13.  FB Kerja
  14.  OhJobs.Blogspot.Com
  15. http://suhanakamaluddin.blogspot.com

19 December 2010

Oh HaNiS ZaLiKha...my inspiration

mcm bez je bila tgk hanis zalikha punya blog...teruja plak bila aku tgk blog dia...jd bertmbah xcited nk wat blog...tp masih byk yg perlu aku perbaiki...xpe...slow2...nnt expert la...hanis zalikha ni memg superb la...walaupun xknl dia sgt tapi dia ni memg excellent la...kagum ngn dia...


 “Saya tidak sangka nama tersenarai dalam carian berkenaan kerana saya hanya insan biasa bukannya bertaraf selebriti popular seperti Siti Nurhaliza dan lain-lain''   Hanis Zalikha ♥

inilah hanis zalikha yang aku kagum 2. she is an ordinary gurl but suddenly become an extraordinary gurl...he3...proud with her..insyaallaah,bila ada kelapangan akan aku usahakn untuk memajukan blog aku ni...i'll learn from time to time...bermula dengan saja suka2 akhirnya aku jadi minat lak...lebih2 lg bila tgk blog orang lain yang cantik2....jadi satu keje plak nk mencantikkan blog.ha3..2 la...xda kjer cari kjer.janji enjoy sudah.btol x?kalaw da masa terluang, lepak depan laptop, cari idea yang boleh disumbat masuk dalm blog aku ni...suka suki punya kjer la katakan...tapi time klaw nk update blog plak...datang la 'hangin' laptop aku ni...datang la penyakit lembap dia...bertambah sengal la jadinya...aduhai..apa la nasib...nnt da wet nk bli laptop baru lah...cewahhh3...berangan la plak aku ni...tp xper...it will become reality soon...and i hope so...tp time laptop jadi slow..aku bertambah bengang la...nk update blog pun susah...2 yang kjer aku jadi tergendala 2...mood jadi spoil gara2 laptop...hampeh toi.nk kutuk laptop aku byk2 pun xleh gak...coz laptop aku ni dah byk berjasa kat aku.tanpa laptop aku ni maka xsiap la segala asgment dan kjer2 aku time aku stdy dulu...bersyukur la...xpe, usaha tangga kejayaan.sabar lak sebahagian daripada iman..hu3...

23 November 2010


APPLES FOR GOOD LUCK

Full of nutrition, apples bring luck too!!!!! Feng Shui consultant Kenny Hoo says, placing red apples in the centre of your  home, in the dining table for instance, wards off negative "chi" which causes disharmony in the family. Try Washington Red Delicious apples which are red, hard ,shiny and sperical, all good yang qualities. Available at supermarkets.
                (THE MALAYSIAN WOMEN'S WEEKLY, AUGUST 2008)

        

7 CADANGAN ATASI TABIAT MAKAN LEWAT MALAM

1.   Makan tiga hidangan seimbang sewaktu siang. Namun sesetengah diet rendah kalori di waktu siang boleh   
      menggalakkan individu makan berlebihan pada waktu malam..

2.   Makan makanan yang membekalkan jumlah kalori harian anda secukupnya sebelum jam 7 petang. 
      Sekiranya selepas jam tersebut anda masih terasa lapar, amalkan snek bernutrien, berserat dan rendah 
      karbohidrat seperti potongan lobak merah, seleri, betik, salad dan epal.


ni la contoh makanan yang sihat...bila aku search gambar snek makanan bernutrien, aku jumpa picture ni...aku igtkan snek 2 mcm keropok ker, something sweet ker...ha3...rupa2nya buah-buahan pun dikira snek ker?emmm, mcm plik lak....



3.     Sekiranya didatangi selera untuk makan pada waktu malam, minum beberapa gelas air masak atau teh 
        herba bercampur madu.


minum air masak memberi kita banyak manfaatnya...nak tahu apa manfaatnya???????jeng3


ni la fungsi air masak, byk kebaikkannya apabila kita byk minum air masak..tapi jgn minum air yang ber'kaler' taw...air ni air masak la...

meh aku terangkan khasiat madu lak...korang nk tahu x?meh aku kongsi ngn korang..meh ler...

*madu lebah*

khasiat madu ni aku amik dari link http://pedagangherba.wordpress.com/category/madu/...



4.   Tetapkan diminda, tubuh anda tidak memerlukan makanan yang berat pada waktu malam. Sentiasa 
      beringat untuk mengekalkan berat badan yang seimbang dan kenapa ia begitu penting untuk diri anda.

fuhhhh...burger ni klau lapar memang licin ar...xigt dah nak diet ker apa ker...kan??????tapi kena beringat juga...jgn makan terlampau, nanti membahayakan kesihatan. sapa nk tanggung? lu pikir la sndiri...ha3...tapi nampak memg sedap pun....nak 1 bleh?????????



 5.   Lakukan helah pada diri sendiri. Jika terasa ingin makan, lekas ke bilik air dan terus berus gigi anda. Ini 
       kerana secara psikologinya, ia mengelak perasaan ingin makan kerana setiap orang gemar akan  mulut 
       yang bersih dan segar.

cantik x gigi dia?gigi korang mcm gigi dia x?he3...kadag2 bab gigi ni jadi isu sensitif  jugak...faham2 je la ek..motif aku di sini adalah nak menyarankan kepada sume, termasuklah aku...klaw nk elakkan makan pada lewat malam, adalah digalakkan gosok gigi awal2. tapi kadang2, da gak orang yang xtahan nafsu makan. dia redah jer. pas 2 gosok gigi balik.ok ke mcm 2?wat habis ubat gigi je kan?



 6.   Carilah hobi yang digemari untuk mengelak diri anda daripada makan pada waktu malam. Elakkan 
       menonton televisyen atau majalah yang mengandungi banyak iklan makanan.

 7.   Makan hidangan sarapan yang mengenyangkan pada waktu pagi. Pastikan anda melatih diri anda untuk 
       makan pada waktu yang tetap setiap hari.          
        
       
Akhir kata dari aku, amalkan lah diet seimbang. baru la sihat dan kuat...he3...kat sini aku nk 'paste' gambar piramid makanan. bukan piramid kat mesir 2 taw...kah3... untuk rujukan korang sume jer....      


*p/s: klaw nk elakkan makan pada lewat malam...try la info yang aku kongsi ngn korang ni taw...daaaa
                                           

22 November 2010

AR-RAWSHA

21hb 11 mlm...G jalan2...bl lapaq rs nk mkn...so ada org 2...suggest mam kat Ar-Rawsha...so kitorang g la Ar-Rawsha kat Ampang...tp masalh cikit ar nk parking..brp kali round nth...smata2 nk cari tempat nk parking...nk order Lamb Mandy...tp nasi habiz la plak...so ada la staff dia offer g branch Ar-Rawsha.baru buka kot kat Kg Pandan..mula2 susah gak r  nk g kat Kg Pandan 2...coz xtahu jalan sgt but finally we found that restaurant...cantik la restaurant dia...agak marvelous la..reka bentuk and interior design dia klaw tgk mcm castle pun ada...memg cantik la...


ni la restoran Ar-Rawsha 2..aku snap dari luar...time ni dah nk gerak balik dah...aku lupa nk snap pic dalam restoran 2, coz kusyuk sgt dok makan...kah3...sori ek...klaw x korang leh tgo interior design dia..sedihnya xdapat nk kongsi...rugi aku x snap...nyesal dah guna...

      kitorang smp kat tempat 2 dlm kul 1++ pg kot...time 2 xramai org sgt la...tp service dia agak truk la...poor service.waiter yang amik order 2 not malaysian...so bl kita order meals, dia xfhm sgt...leceh la klaw mcm 2....makanan dia ok la juga tp service lak yg kureng..order lamb mandy...nasi dia sedap tp lamb dia lak x juicy...klaw da juicy ckit sure sedap...ni mcm kering sgt2 jer...tp portion dia memg byk ar...so 1 plate 2 share 2 la....memg kenyang...tp sepanjang mkn kat situ memg xnmpak pun staff dia malaysian...at least bg la ada .ni x...semuanya muka mamat arab...lebanon ke apa nth..


ni makanan yang kami order. sebenarnya suma sauce ngn lamb 2 aku dah transfer dlm plate aku.combine jadi 1 jer...poyo x?wat ala style kat kedai mamak lak...padahal kat tempat 'agak' grand la juga....lantak la..bkn da org nk tgk pun..coz da 2 table je yang da customer.2 pun nala jauhnya dari table aku..

      food presentation dia pun hampeh...x interesting lansung...menu dia nm dah la plik2...kita ni org melayu..mn la nk thu sgt tentg menu arab ni cm na...xda details description langsung. nk tnya waiter dia lg la susah...dia pun xfhm apa yg kita tnya...tp ok la.xla bgus sgt.for those yg try makan makanan arab...klaw nk try 2...try la kat Ar-Rawsha...

sebenarnya, sebelum aku lepak makan kt restoran 2, aku ronda2 KL.tgk suasana KL pada waktu malam. walaupun dah lewat mlm, orang still ramai. pendek kata KL ni ni xpernah tido...hhmmmmm


ni pic KLCC yang aku snap dari jarak dekat....aku igtkan aku sorang jer yg excited nk bergambar, rupa2nya da lagi yang seangkatan dengan aku...kiranya da geng la..xla malu sgt nk bergambar..he3

MALAYSIA ni kaya dengan tempat2 menarik yang boleh dilawati. aku ni, bnyk lg tempat yang blm aku 'skodeng'.he3..bila dah da wet yang byk nnt, aku nk jelajah 1 MALAYSIA. pas 2 baru nk 'lencong' p luar negara...cewah3, berangan plak aku ni...xsalah berangan kan????so, kenalah jadikan ia reality supaya ianya tidak hanya jadi fantasi. :)

SaLaM RiNdU


ai sume....rindu la...dah brapa ari x jenguk blog i ni....sehari 2 ni pnt sgt la...19hb naik bas dari Butterworth ke shah Alam.pas tu, 20hb 11 amik jubah konvo.bez gak...dapat jmp kawn2...lepak2 kat Pak Li Kopitiam kat Seksyen 7 Shah Alam...mam nasi ayam lemon dengan jus tembikai...konyang gak la...habiz lepak ngn kawn2 dlm kul 12++ tgh ari gak la...balik umah rest jap jer.pas 2 kuar...jalan2 kat KL....tgk view KL kat Ampang Saujana...cantik...tgk keindahan malam kat KLCC...g mkn2 kt tempt yg menarik...gumuk la aku klaw mam jer....21hb lak...plan nk g PWTC.nk g tgk career fair...tp tempat parking lak xcukup...hampeh...pas 2 bz lak ngn student2 Open University nk konvo...lg bertambah sesak la jalan 2....sepanjang kat Shah Alam ni kjer mkn mcD jer.adoila...berat lg bertambah la bln ni.tp smlm da try  Lamb Mandy kat restoran Arab ni..nm dia Ar-Rawsha...try la...Januari thn 2011 akan dibuka di i-city Shah Alam.pas 2 ptg tadi g Genting Highland...ronda2 jer...amik angin....tp bez la...skali skala memenatkan diri mcm 2...enjoy la....nnt kita story lg k...

16 November 2010


BuSyBoDy Ataw PriHaTiN??????


time sekolah dulu, orang akan tnya:UPSR, PMR & SPM dapat brp A????????????? pas tamat sekolah...orang akn tny lak: xdapat tawaran masuk U ker? bl dapat tawaran smbung bljar, orang akan tnya:dapat U mn? bl dah masuk U, pas final xzm every sem jer, org akan tnya: dapat brp pointer sem ni?dapat anugerah dekan ker? pas hbz bljar kat U pun, org still tny.....dah dapat kerja ke blm?  bila dah dapat kjer, diorang tny lg....dapat kerja apa? kerja kat mana? jawatan apa? brp gaji dapat? pas tny bab kerja...tny bab kawen la plak...dah da pakwe/makwe lom? bl nk kawen? brp hantaran nk kawen?  bl time nk kawen jer...ada plak yg tny....bakal isteri/suami org mn? bakal isteri/suami kerja apa?
byk btol ORG TNY...smp aku pun TERTANYA-TANYA,diorang ni BUSY BODY ataw PRIHATIN?hhhhmmmmmmm


KaTa AyAhAnDa DaN BoNdA

Kata Ayahanda,
Wahai Anakanda,
Kita Hanya Menabur Usaha,
Agar Benih Tumbuh Menghijau,
Menanti Damai Di Permatang Kejayaan,
Namun Jika Ia Tidak Sesubur Harapan,
Itu Hanaya Urusan-NYA,
Bukan Natijah Sebagai Ukuran.

Kata Bonda Pula,
Biar Hidup Anakanda Bak Pungguk,
Mengharap Cinta Rembulan,
Mencemburui Bintang Kerlipan,
Mendapat Kasih Maha Pencipta.

Kata Bonda Dan Ayahanda Akhirnya,
Ayahanda Dan Bonda Doakan, 
Semoga Permatang Kejayaan,
Menghiasi Hamparan Cita-Cita,
Yang Ayahanda Dan Bonda Bentangkan.
Terukanlah Usaha Anakanda.
Teruskanlah..............
KaTa2 OrAnG BiJaK PaNdAi

  1. "Peliharalah cita-cita mu dengan baik kerana kalau cita-cita telah padam, samalah ertinya dengan mati".-Mark Twain-

  2. "Jika orang lain merasa gembira kerana kegembiraan kita, maka berlipat gandalah kegembiraan itu".-Plato-

  3. "Jadikanlah dirimu orang yang alim (berilmu) atau orang yang selalu menuntut ilmu atau orang yang selalu mendengar pengajian atau orang yang mencintai ketiga-tiga golongan itu. Dan janganlah engkau jadi golongan yang kelima kerana dengan itu engkau akan binasa".- Hadis Riwayat Al-Bazaar-

  4. "Tidak ada orang yang susah bagi orang-orang yang berani, tidak ada orang yang berjaya bagi orang-orang yang ragu-ragu".-Llyod George-

  5. "Daya usaha adalah kunci untuk insan mencari kemajuan, keinginan dan kekayaan dengan syarat ada keinginan dan tujuan yang tidak dapat ditawar-tawar lagi". -Saidina Ali-

  6. "Bahan yang perlu diulangaji adalah sama banyak, tetapi yang membezakan 'mood' kita adalah bagaimana cara kita melakukannya".

TENSION!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

      Benci tul ari ni...ngadap laptop nk update blog la asalnya...tapi laptop ni asyik wat hal jer...'hang' memnjang....takat marah aku ni dah membuak-buak dah ni...nk update blog pun xsenang....sabar jer la....cuaca kat luar lak pns...lg la "panas' atie aku ni....tp ok la pns....klaw ujan memnjang...bleh bnjir tempat aku ni...bersyukur la dengn apa yg ada..sok dah nk raya korban...so bz la dengan 'event' wat ketupat and rendang kt dalam umah aku ni...sok plak jiran sebelah umah wat jamuan korban, lusa lak jiran depan umah wat kenduri cikit....fuhhh...prut akn pnuh dengn daging korban....rezeki raya ajie la katakan....alhamdulillah..raya ajie kat tempt aku ni x meriah sgt...xmcm negeri  kat pantai timur...sambut ry aji mcm smbut ari raya puasa...'culture' negeri masing2 la...takat marah aku terhadap laptop ni dah kurang cikit....jom kita truskan usaha utk meng'update' blog...JOM!!!!!

15 November 2010

LaWaK TeRheBaT Lorrrr!!!!!!


  •  Kemana tumpahnya kuah klaw x ke bawah
  •  x lapuk dek hujan, x lekang mcm rambutan
  • Tiada rotan, pelempang berguna juga
  • Biar putih tulang jgn kuning gigi...
  • Carik2 bulu ayam, lama2 jd shuttlecock
  • Sedangkn lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, lg lah gigit mengigit...ha3
  • Harapkan pagar, pagar x boleh di harap
  • Betapa berat mata memandang, berat lg seguni beras.
  • Cubit paha kanan, paha kiri x rasa apa2 pun..
  • Diam2 ubi berisi, diam2 orang????????BISU
  • Lembu punya susu, cap teko dapat nama
  • Sehari selembar benang, lama2 benang habiz la....
  • Jika kail panjang sejengkal, beli la yang pnjang cikit...2 pun klaw nk ngail kat lautla....(bli la pukat tunda ke, lg  bgus)
  • Hendak seribu daya, x hendak x apa
  • Membujur lalu, melintang pukang
  • Kalaw sudi katakan sudi, klaw x sudi x mengapa
  • Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habiz pulut
  • Kecil2 cili padi, kecil lg biji cili

14 November 2010

Blog OH Blog!!!!

hai sume... sy baru je nk blajar wat blog...he3..tringin nk wat cantik2....suke tgk blog org yg design & background dia cantik2...hope i'll become one of that...masih byk yg perlu saya pelajari...kena ushar blog orang slalu la...jgn marah aaa..tgk apa yg latest and apa yg cantik utk di edit masuk dalm blog sy...he3...bak kata orang...sharing is caring....he3

SILA TINGGALKAN JEJAK YER.....SENANG NAK USHAR BLOG KORANG NANT.....he3

TaBuNg AmAnAh SaYa...he3

Yang Menarik Utk Dilihat