hello...hello...hello...dah lama x update blog ni...xda perkembangan info...sori buat semua yer...dah lama x update, so, aku pun dah xtahu nak start balik mcm mn????alahai...tapi xper...akan aku usahakan kembali...
untuk pengetahuan semua...aku dapat masuk UPSI...alhamdulillah, buat pertama kali aku cuba DPLI, akhirnya aku berjaya.Syukur sangat2. Ada sesetengah orang 2, dah banyak kali mohon, tapi xdapat... xda rezeki kot. Walaubagaimanapun, aku doakan diorang akan terus sukses dalam apa jua bidang ataw cabang pekerjaan yang diorang ceburi...amiiin...mudah-mudahan juga, perjalanan hidup aku di UPSI ni pun berjalan dengan lancar. Aku dah dapat peluang yang kebanyakkan orang xdapat, so aku kena gunakan sebaik2nya peluang yang telah di anugerahkan Allah ini kepada aku...ALHAMDULILLAH...
|
Universiti Pendidikan Sultan Idris(UPSI) merupakan universiti kedua aku selepas Universiti teknologi MARA(UiTM) |
CIKGU!!! satu perkataan yang biasa di dengar. Gelaran akan terus dibawa, bukan saja sewaktu di dalam perkhidmatan mereka di sekolah, tetapi ia akan terus di bawa sehinggalah ke akhir hayat...Begitu besar jasa dan peranan guru. Untuk menjadi guru juga bukannlah satu profession yang di anggap mudah. Banyak cabaran dan dugaan yang harus di tempuhi. Tambahan pula, sistem pendidikan di Malaysia kini kian mencabar dengan arus kemodenan dunia. Pelajar kini bukan lagi seperti pelajar dulu. Pemikiran mereka terbuka luas. Semuanya berpunca daripada perkembangan teknologi dan aliran pemikiran yang serba tahu. Tetapi kita tidak boleh menjadikan itu sebagai alasan untuk takut menjadi seorang guru. Memang sudah lumrah guru bertindak dan melaksanakan tugas sebagai pendidik iaitu memperbetulkan segala apa yang salah dan menambahkan ilmu kepada pelajar.
Sehebat mana pun seseorang itu kelak, ingat lah bahawa semuanya bermula daripada seorang insan yang bergelar GURU...
JOM KITA TENGOK GELAGAT CIKGU DAN MURID DI BAWAH...saja jer untuk selingan ...he3
****rumusan: untuk menjadi guru, kita haruslah memperlengkapkan diri kita dengna pelbagai persediaan dan ketahanan dari segi mental dan fizikal****
Di kesempatan ini, aku ingin memgucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang telah mendidik aku. Tidak kira lah sama ada ketika aku di Tadika, Sekolah Rendah, Sekolah Menengah atawpun ketika aku di menara gading.. kerana dengan berkat usaha mereka lah, aku menjadi insan berguna...semoga, impian aku untuk menjadi guru kelak akan termakbul..semoga Allah permudahkan perjalanan hidup aku di sini...terima kasih juga kepada Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) kerana menaja aku selama tempoh pengajian aku di UPSI ini..
|
Terima Kasih KPM sebab menaja saya.. |
2 comments:
woohooo... tahniah, slamat jadi cikgu :)
tq2....he3
Post a Comment