Search This Blog


27 March 2011

SeLaMaT TinGGaL MELODI.....

hai sume...korang tengok x MELODI kat TV3 tadi...alaaa...macam biasa la..setiap ahad kul 12.30 tengah hari sampai pukul 1.30 tengah hari. Rasa sebak lah hati aku bila tengok kat ending rancangan 2..meraikan perpisahan Fara Fauzana dan Wahid sebagai pengacara MELODI....pengacara baru yang bakal menggantikan diorang adalah Zizan (Raja Lawak) dan Dira....xtaw la sehangat Fara Fauzana & Wahid ataw x?????? Sama-samalah kita saksikan minggu depan...hu3...Rasanya Fara Fauzana & Wahid dah sebati dengan MELODI...Bila ingat MELODI pasti ingat Fara Fauzana & Wahid...pas ni xda lagi la lawak sengal diorang kat MELODI....he3...


Gelagat Wahid & Fara Fauzana yang pasti akan dirindui oleh semua peminat Melodi...


Inilah antara kenangan  Fafau & Wahid bersama MELODI...   Time ni diorang tengah  menemu bual Nas Ahmad dalam satu siaran rancangan Melodi baru-baru ini.


Apa2 pun gud luck untuk  Fafau dan Wahid...semoga korang  sukses selalu ....Dan untuk Zizan (Raja Lawak) & Dira selamat menjadi pengacara baru untuk rancangan MELODI...semoga kemunculan korang dalam MELODI dapat mengubat rindu kami pada Fafau dan Wahid...


Wajah baru yang bakal mengemudi MELODI berkuatkuasa April ini...welcome to MELODI, Zizan & Dira

 Ni plak petikan yang aku amik dari mstar.com.my :

Menurut penerbit Melodi, Azman Abd Ghafar, pihak TV3 tidak menafikan keserasian dan kehebatan Wahid dan Fara selama hampir enam tahun memikul tanggungjawab sebagai pengacara Melodi.

Namun, selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini, pertukaran pengacara Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan.

“Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Dira kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri dalam meredakan suasana setelah paparan panas dan sensasi dihidangkan.

“Kami juga percaya setiap pengacara dianugerahkan dengan bakat yang berbeza dan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri.

“Bukan sekadar bertumpu kepada gurauan dan usikan semata-mata, jika diberi peluang, gandingan Zizan dan Dira mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton,” katanya.

Untuk makluman, Wahid dan Fara akan bersiaran sebagai pengacara Melodi buat kali terakhir di lokasi Karnival Jom Heboh Batu Kawan, Pulau Pinang pada 27 Mac ini, manakala gandingan Zizan dan Dira akan mula mengambil alih pada minggu berikutnya bersiaran langsung di Arena of Stars Genting, sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (3 April).

Bagi peminat Wahid, anda masih boleh melihat telatah spontan serta mencuit hati pengacara berbakat ini sebagai pengacara baru program Ewah-Ewah bergandingan bersama Nabil yang akan mula ditayangkan di TV3 mulai April nanti.

Kejayaan program Melodi bukan sahaja meraih perhatian penonton dari segi kandungan terkini dan infomasi bermutu, malah program terbitan TV3 ini meletakkan perantara berkaliber sebagai platform untuk berinteraksi bersama penonton setianya.

Sejak mula diterbitkan pada tahun 1992, nama-nama seperti Dato’ Mahadzir Lokman, Fauziah Ahmad Daud, Aznil Nawawi, Azwan Ali, Raja Azura dan gandingan serasi Wahid (Senario) dan Fara Fauzana merupakan sebahagian besar daripada anak seni tempatan yang telah diberi kepercayaan memikul tugas berat mengendalikan program popular ini.

Program Melodi masih mengekalkan waktu siarannya iaitu setiap hari Ahad, jam 12.30 tengahari.


Lastly, all d' bez untuk MELODI juga...semoga rancangan ini akan terus diminati ....


0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN JEJAK YER.....SENANG NAK USHAR BLOG KORANG NANT.....he3

TaBuNg AmAnAh SaYa...he3

Yang Menarik Utk Dilihat