Search This Blog


15 February 2011

PeTuA KeSiHaTaN DaN KeCaNtiKKaN - VoL. 1


PETUA HILANGKAN BAU BADAN



Ada masalah bau badan ker? Cuba try petua-petua di bawah ni. Manalah nak tahu kot2 mujarab...Selamat mencuba
 
1. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh
     Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.


2. Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa
    Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

 
3. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras
    Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.
 

4. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas
    Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari atau Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.


5. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda
    Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.
 

6. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda
    Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.


7. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan
    Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.


8. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan
    Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.


2 comments:

Maria Hasun said...

nie kalo utg org ader bau badan ok la.. hahaha. . btw nice u information ..

TUPPERWARE COLLECTIONS said...

he3....next petua akan di post kemudian...he3..just want to share

Post a Comment

SILA TINGGALKAN JEJAK YER.....SENANG NAK USHAR BLOG KORANG NANT.....he3

TaBuNg AmAnAh SaYa...he3

Yang Menarik Utk Dilihat