- Rendam 1 sudu teh dalam 1 cawan air semalaman. Keesokannya lurutkan air rendaman teh pada bulu mata dengan mengusapnya ke atas menggunakan hujung jari telunjuk. Boleh juga menggunakan minyak zaitun sebagai ganti. Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur.
masalah perut buncit???hmmmm...cuba la petua di bawah ni taw. |
- Elakkan minum air sambil makan makanan berat seperti nasi dan steak. Minum air setelah selesai makan. Seelok-eloknya minum air setengah jam atau 3 jam kemudiannya.
- Ambil sebiji buah lemon dan belah kepada 2 bahagian. Ramas sebelah lemon pada sebelah siku/lutut anda biarkan basah selama 10 minit. Lakukan perkara yang sama pada bahagian siku/lutut lagi satu. Setelah itu, cuci bersih siku/lutut dan sapu losyen untuk kulit. Ulangi langkah ini sehingga warna hitam hilang.
untuk mendapatkan gigi yang bersih, putih dan kuat...cubalah petua di bawah yer |
- Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.
- Amalkan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi
0 comments:
Post a Comment