Search This Blog


15 February 2011

PeTuA KeSiHaTaN DaN KeCaNtiKKaN - VoL. 2

PETUA MERAWAT SENGGUGUT

senggugut - gambar hiasan

Masalah ni biasanya berlaku pada kaum Hawa jer. Sebulan sekali mesti datang punya la penyakit ni. Penyakit datang bulan la katakan. Tapi sesetengah perempuan jarang sakit ni.  Sesetengah orang kata, kalau senggugut ni, susah nak mengandung @ bersalin...Betul ker??? Aku pun xtahu sangat betul ke x. Tapi korang boleh cuba petua ni klau korang sakit senggugut yer.



Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.


Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.


Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN JEJAK YER.....SENANG NAK USHAR BLOG KORANG NANT.....he3

TaBuNg AmAnAh SaYa...he3

Yang Menarik Utk Dilihat