Search This Blog


14 February 2011

InFo aLaM SeKiTaR – TaHuKaH AnDa???


TaHuKaH AnDa????

1.    1. Kesan Rumah Hijau berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol dan sesetengah peti sejuk  serta  penghawa dingin yang membebaskan CFC juga penyumbang kepada pemanasan global.
selamatkanlah Bumi kita

2.      2. Kempen Earth Hour merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF). Ia dilaksanakan dengan mematikan semua lampu dan peralatan elektrik selama 1 jam. Ia bertujuan untuk mengurangkan pembebasan gas carbon ke udara sekaligus mengurangkan pemanasan global.

Kempen Earth Hour yang tahun lepas punyer...tahun ni bila ek???

3.      3. Beg plastik memerlukan 100 – 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia akan memberi impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia.

say NO to plastic bag yer... 

4.      4. Mod Sedia di Peralatan Elektrik seperti lampu neon hijau, merah dan kerlipan perkataan akan kelihatan pada televisyen, pemain video, stereo, komputer dan lain-lain peralatan elektrik. Mod sedia adalah petunjuk kepada pembaziran elektrik kerana penggunaan mod sedia boleh mengurangkan sehingga 100kW jam setahun iaitu lebih kurang RM 22/tahun. Bagi penggunaan elektrik dengan cekap, pastikan kesemua suis peralatan elektrik ditutup.


aku pun xfaham sangat pasal ni...klaw sapa yang da idea tentang ni, kongsi2 la yer


5.      5. Kitar Semula Dapat Menyelamatkan Hutan. Ini kerana untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang.Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberikan kita oksigen dan udara yang bersih.

Jom pakat kitar semula...jom la



6.    6.  Mentol. Jika enam juta rumah menggantikan 100W mentol bulat atau tungsen kepada lampu neon atau lampu fluorescent kompak  20W, ia akan menyebabkan  penjimatan elektrik yang mencecah  hampir 1.56 billion  kW/j, iaitu bersamaan dengan penjimatan sebanyak hampir RM615 juta setahun!


Jangan terpedaya yer..



7.     7.  Screen Saver’ di komputer. Ia hanya membazirka tenaga. Kebanyakkan komputer menggunakan 2 kali ganda tenaga elektrik untuk menyalakan skrin berbanding tenaga yang digunakan untuk proses dalaman. Tujuan utama ‘screen saver’ diwujudkan adalah untuk mengelakkan screen daripada terbakar oleh imej yang konstan, namun ia tidak diperlukan lagi pada zaman yang moden ini. Jika anda ingin menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, anada boleh menetapkan ‘screen saver’ anda kepada ‘tiada’ atau ‘skrin kosong’.

tentu korang tahu kan?apa itu screen saver...klaw xtahu tipu la 2...



8.      8. Label Penjimatan. Rujuk label pengelasan kecekapan tenaga apabila membeli barang elektrik.Mengikut standard Malaysia, produk  akan dilabel kecekapan penggunaan tenaganya antara 1 hingga 5 bintang. Label 5 bintang sebagai paling cekap diguna. 

klaw beli barang2 elektrik 2, tengok la label label pengelasan kecekapan tenaga dulu yer



9.       9. Bateri. Satu bekalan tenaga sampingan yang digunakan oleh semua. Namun dalam tidak sedar, pengguna gagal melupuskan bateri dengan baik selepas peranti itu tidak lagi mampu mengalirkan kuasanya. Pasti ramai yang tidak membuang bateri dengan baik selepas digunakan dan hanya melontarkan ke dalam tong sampah. Cuba bayangkan jika sebahagian 25 juta rakyat negara ini membuang sebiji bateri seminggu, apa akan terjadi? Pembuangan bateri yang tidak digunakan akan menyebabkan toksik  plumbum tersebar secara meluas di permukaan bumi.Jika plumbum memasuki tubuh kita, ia akan menyingkir logam-logam lain yang berguna di dalam tubuh manusia lalu menyebabkan kesan tertentu. Logam-logam yang disingkir termasuklah zat besi, zink, raksa dan kuprum. Kekurangan bahan-bahan tersebut boleh menjejaskan pembentukan sel darah merah normal sekaligus bahaya untuk kesihatan manusia.

Contoh Bateri yer...tapi jangan boikot bateri ni plak...nanti xpasal2 plak..he3


*******Info Bil.01/2010 (Harian Metro : Khamis,27/11/2011)*******

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN JEJAK YER.....SENANG NAK USHAR BLOG KORANG NANT.....he3

TaBuNg AmAnAh SaYa...he3

Yang Menarik Utk Dilihat