entri kali ini akan membicarakan tentang hal berkaitan lelaki dan wanita tau...tapi lebih kepada hubungan kekeluargaan, suami isteri dan kaitan antara dosa dan pahala...wow...bunyi macam gerun jer kan... bila sebut pasal dosa...meh nak story cikit...info ni dah lama dalam simpanan aku....member aku amik dari mana ntah...so, aku 'pinjam' la...he3...bak kata orang, sharing is caring...kan???x gitu??nak tahu selanjutnya...baca la kat bawah ni yer...selamat membaca yer...
|
Kasih sayang seorang suami kepada isteri. Harap2 jodoh aku adalah dari kalangan lelaki yang soleh...amiiin...bahagia rumahtangga hingga akhir hayat... |
LELAKI
|
Ashraf Muslim...muka dia nampak bersih ja kan?macam lelaki budiman...encemnyerrr |
- Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
- Lelaki berkahwin kena tanggung dosanya sendiri, dosa isteri, anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang baligh. BERATKAN???????
- Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya.Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya tetapi jikalau berbuat tidak baik dosanya ditanggung suaminya. BERAT JUGA NI!!!!!!
- Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tetapi isteri tidak. Walaupun begitu, isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.
Banyak lagi, lebih-lebih lagi bagi lelaki yang sudah berkahwin. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dan semut. Itu sebabnya mengikut kajian, nyawa perempuan lebih panjang daripada lelaki. Betul ker??????
PEREMPUAN
|
Heliza Helmi...aku suka dia..cute la..sweet sgt...matanya yang bulat dan bersih.. |
- Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
- Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluarrumah, tetapi lelaki sebaliknya.
- Wanita saksinya kurang dari lelaki.
- Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
- Wanita perlu menghadapi kesukaran dan kesulitan iaitu, mengandung dan melahirkan anak. Tetapi anak adalah anugerah Tuhan yang amat berharga sekali buat pasangan yang telah berumahtangga.
- Wanita wajib taat pada suaminya tetapi suami tidak perlu taat pada isterinya, sebaliknya si suami perlu taat pada ibunya walaupun dia sudah berumahtangga.
- Talak terletak pada tangan suami, tidak pada tangan isteri. Ada sebabnya kenapa talak tidak diletakkan pada tangan isteri. Ini kerana, perempuan penuh dengan emosi dan cepat bertindak tanpa memikirkan akibatnya. Manakala lelaki lebih sabar dan tidak mudah bertindak berlandaskan emosi semata-mata.
- Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.
SAYANGNYA ALLAH PADA WANITA
Benda yang mahal hargnya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingnya lelaki dengan wanita.
Wanita perlu taat pada suaminya tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankan ibu adalah seorang wanita??
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini. Sekiranya wanita yang mati ketika melahirkan anaknya, maka itu dikira sebagai mati syahid manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, sorang lelaki perlu dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula tanggungajawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini: suaminya, bapanya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yang disukainya setelah cukup 4 syarat ini: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya serta menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MASYAALLAH…………. Sayangnya ALLAH pada wanita kan??????????
2 comments:
ada ustaz amirul!!!
suka nya....
holic suka ustaz amirul ker?setiap mlm jumaat kul 9 tgk taw....he3...jgn xtgk...
Post a Comment