Search This Blog


13 January 2011

DaTuK Lee ChOnG Wei - PeMaIn BaDmInToN No.1 DuNia

 Entri kali ni aku nak cakap pasal Datuk Lee Chong wei, Datuk Misbun Sidek dan Persatuan Badminton Malaysia(BAM)…kalau nak tahu, aku ni peminat Datuk Lee Chong Wei….sapa yang minat Datuk Lee Chong Wei?????tentu ramai gak kan…dia ni pujaan warga Malaysia..banyak mengharumkan nama Malaysia

sebelum aku melalut panjang ni, first of all aku nak ucapkan tahniah pada idola aku ni, Datuk Lee Chong Wei di atas kejayaan beliau merangkul gelaran hatrik Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2010 baru-baru ni di Stadium Hsinchuang, Taiwan ..…TAHNIAH YE DATUK LEE CHONG WEI...LUV U LAH....he3

Datuk Lee Chong Wei (kiri) dan Peter Hoeg Gade saling mengucap tahniah selepas perlawanan akhir Kejohanan Super Siri Masters Akhir di Stadium Hsinchuang, Taiwan ( 09/01/2011)

eh korang.. kalau betol la Datuk Misbun Sidek nak letak jawatan sebagai jurulatih perseorangan badminton negara, aku rasa macam xbez lak…eh3…aku lak yang sebok kan?he3…xda la, bukan apa…Cuma aku rasa macam x seronok lak kalaw Datuk Misbun Sidek xda dalam arena badminton ni…tambahan plak, dia memang rapat giler dengan pemain No. 1 dunia kita 2 kan?diorang dah serasi bersama…aku tengok macam adik ngan abang dah…

Yang aku taw la kan..melalui pembacaan aku, punca utama Datuk Misbun Sidek nak letak jawatan sebagai jurulatih adalah sebab perbezaan pendapat yang timbul diantara beliau dengan  Persatuan Badminton Malaysia(BAM). Datuk Misbun Sidek dah banyak bagi sumbangan dalam usaha beliau melatih anak didiknya sehingga menjadi pemain yang profesional. Sebagai contoh, Datuk Lee Chong Wei adalah salah seorang anak didik beliau. Datuk Misbun Sidek banyak melatih pemain No.1 Malaysia ini xkira la dari segi mental atau fizikal. Sehinggakan mereka berdua ni kelihatan sangat sinonim bersama. 

Ni plak hasrat hati datuk Le Chong Wei berikutan kemelut antara jurulatih beliau. Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)…. ‘SAYA PERLUKAN MISBUN’ ..Bunyinya macam sedih jer kan…menunjukkan betapa eratnya hubungan mereka berdua ni…macam xdapat dipisahkan lagi….

Pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei (kanan), memeluk jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek selepas menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Li, pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur, 20 Januari 2008
  ........................................................................................

Petikan dari akhbar kosmo, 11 Januari 2011.

‘ SAYA PERLUKAN MISBUN’

WALAUPUN berjaya merangkul gelaran hatrik Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2010, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tetap berharap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek kembali membimbingnya sebelum Kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia pada 18 hingga 23 Januari ini.
"Saya tidak boleh buat apa-apa kerana Misbun letak jawatan pada saat-saat akhir sebelum saya bersiap sedia pergi ke Taiwan.

"Saya memang perlukan khidmat dia (Misbun) dan ia jelas mengganggu konsentrasi dan fokus saya semasa di Taiwan,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Chong Wei berkata, ketika pertandingan itu berlangsung, beliau hanya menumpukan perhatian untuk mencapai kejayaan sambil berharap isu Misbun dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, walaupun Misbun telah meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan badminton negara berkuat kuasa 31 Disember lepas, sifunya tetap mengikuti perkembangan beliau semasa kejohanan di Taiwan itu.

"Misbun ada menelefon saya di sana dengan membuat analisis perlawanan saya.
“Meskipun jauh, saya tetap gembira kerana dia tetap mengikuti perkembangan saya ketika itu,” katanya.

Ditanya mengenai hasratnya untuk keluar daripada naungan BAM, Chong Wei berkata, beliau menunggu perkembangan terakhir isu peletakan jawatan Misbun sebelum membuat keputusan.
"Saya mahu mengetahui keputusan penuh sebelum saya betul-betul membuat keputusan sama ada menarik diri atau terus di bawah persatuan itu,” katanya.

Mengenai persediaannya untuk kejohanan Terbuka Malaysia minggu depan, Chong Wei berkata, beliau akan meneruskan cabaran dengan bimbingan seorang lagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

"Latihan saya akan bermula esok (hari ini) dan saya akan membuat persiapan terbaik untuk Terbuka Malaysia minggu depan dan mahu memberikan fokus untuk bertemu jaguh China, Lin Dan di separuh akhir nanti,” katanya.

Kelmarin, Chong Wei membuka tirai kejayaannya tahun ini dengan mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir selepas menundukkan jaguh Denmark, Peter Gade pada perlawanan akhir.

........................................................................................
Begitulah alkisahnya……….hope kemelut ini akan berakhir dengan segera…Datuk Lee Chong Wei pun akan terus mendapat khidmat jurulatih kesayangannya itu . Selain itu, Datuk Lee Chong Wei juga banyak menunjukkan  peningkatan  sejak dibimbing oleh Datuk Misbun Sidek. Diharap   xkan ada lagi spekulasi buruk  yang dibuat berikutan masalah yang berlaku ni…

suka tengok gelagat dan reaksi mereka berdua, macam adik ngan abang jer...so sweet
tiada kata yang dapat diungkapkan...hanya dakapan penuh kegembiraan yang dapat dilihat...i like this
setiap kali Datuk Lee Chong Wei menang, mesti dia akan peluk jurulatih kesayangannnya itu...bayangkan klau Datuk Misbun Sidek xjadi jurulatih dia dah..adakan dia akan peluk jurulatih barunya itu seperti mana yang dia lakukan sekarang?aku rasa x kot...
kasih sayang yang terjalin memang tiada ganti..
comeynya Datuk Lee Chong Wei wat cam 2...nampak mesra jer...he3...Datuk Lee Chong Wei memeluk Taufik Hidayat selepas menangi perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Indonesia di Istora Bung Karno di Jakarta 21/06/2009
time ni maybe Datuk Lee Chong Wei tengah stress kot...so Datuk Misbun Sidek bagi la sikit kata semangat dan dorongan pada dia...he3..
Lin Dan adalah musuh tradisi Datuk Lee Chong Wei..aku xsuka dia...berlagak nak mampus...poyo ja lebih
apa la perasaan Datuk Lee Chong Wei time ni ek???ketinggalan mata ngan pihak lawan ker?agak2 sapa pihak lawan dia??Lin Dan kot...

 gaya seorang champion....


*p/s: all Malaysian Luv u Datuk Lee Chong Wei...GO!!!GO!!!!GO!!!!!

2 comments:

AKU.MASEH.BEGINI said...

oisshhh..suka suka...hehehe...

AnNa said...

suke3..dah la encem..humble plak 2..pakej lengkap la...he3

Post a Comment

SILA TINGGALKAN JEJAK YER.....SENANG NAK USHAR BLOG KORANG NANT.....he3

TaBuNg AmAnAh SaYa...he3

Yang Menarik Utk Dilihat