Search This Blog


07 January 2011

BaYi CoMeL ...KeNaPa DiBuAnG???


Kes-kes pembuangan bayi makin menjadi-jadi di negara kita ni. Macam-macam trend buang bayi dok ada…yang sedihnya, buang bayi dalam mangkuk tandas la, dalam longkang la..ada plak yang sampai bakar bayi…astaqfirullah hal a’azim..kesiannya la kat bayi yang xberdosa 2. Diorang pun nak hidup gak. Diorang x minta pun di lahirkan ke dunia. Salah ‘mak dan ayah’ diorang juga. Pandai ‘buat’ tapi x pandai nak tanggung. Time ‘buat’ xnak fikir dulu.

kasihan bayi ni???? dia xnak pun jadi mcm 2..apa salah dia???bayi yang baru dilahirkan sepatotnya di azankan ataupun di iqamatkan oleh bapa...tapi dia????????dibuang tanpa belas kasihan...

Kenapa nak siksa bayi yang x bedosa 2. Klau x tahan sangat dah (maaf ayat kasaq cikit), kawen je la.. ‘buat’ cara halal…dosa xdapat, malu pun xdapat. X payah nak pikir nak buang anak kat mana. Bayangkan kalau si pelaku 2 di perlakukan macam 2 time dia baru dilahirkan dulu…baru dia taw…mak ayah dia lahirkan dia elok2, tapi mai tang time dia, dia leh plak buang anak sesuka hati. Ingat bayi 2 apa?sampah????????? “ mak bapak” 2 yang sampah sebenarnya…aku pun xfaham la…layak ke diorang ni dipanggil mak dan ayah????????? MEMANG X LAYAK LANGSUNG….patutnya panggil BINATANG ja….sedangkan binatang pun tahu sayangkan anak…inikan pula manusia…hmmmmm

bayi ni comel...tapi kenapa dibuang dalam tong sampah...kenapa la x berhati perot sangat orang yang melahirkan bayi ni...bukannya cacat bayi ni..sempurna jer..malu la 2...


sedangkan haiwan pun tahu sayangkan anak...anak 2 kan anugerah ALLAH...cuma cara mereka 2 jer yang salah..berani buat, xbrani tanggung akibatnya...

..............................................................................................

Ni plak petikan akhbar yang aku amik dari http://www.bharian.com.my/; bertarikh 03/01/2011…baru lagi ni…

Bayi lemas dalam tangki air tandas

KUCHING: Seorang tukang cuci yang sedang melakukan kerja membasuh tandas di Hospital Serian di sini terkejut menemui mayat bayi perempuan yang dipercayai lemas selepas ditinggalkan ibunya selepas dilahirkan dalam tangki air tandas itu. 

Penemuan itu dibuat jam 5 petang kelmarin, ketika kakitangan terbabit mencuci tandas awam di hospital berkenaan sebelum terlihat sesuatu yang tidak kena pada bahagian penutup tangki tandas yang tidak ditutup dengan elok.

Dia yang cuba membetulkan penutup itu kemudian menemui mayat bayi perempuan yang cukup sifat sudah meninggal dunia di dalam tangki air sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengawal keselamatan bertugas.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi, berkata pihaknya sudah memulakan siasatan, termasuk meminta pihak hospital menyemak daftar masuk pesakit di Wad Kelahiran pada hari kejadian.

Mayat bayi yang masih bertali pusat dengan berat tidak sampai satu kilogram itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan.

“Kita tidak menolak kemungkinan ibu bayi itu telah melahirkan kanak-kanak berkenaan di dalam tandas awam sebelum meninggalkannya di dalam tangki air,” katanya. 

Berdasarkan kesan luka pada badan bayi itu, polis percaya bayi berkenaan mungkin cuba dijirus melalui saluran mangkuk tandas namun ia tidak berhasil berikutan lubangnya yang terlalu kecil.

............................................................................................


Ni lagi satu artikel yang aku jumpa, yang aku nak kongsi ngan korang sume…ni artikel dari http://www.hmetro.com.my/ ; bertarikh 07 Januari 2010

Bayi dalam beg galas meninggal

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia enam hari yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah beg galas di Jalan Persiaran Titiwangsa, berhampiran Istana Budaya, di sini Selasa lalu, meninggal dunia di Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 3 pagi, semalam. Mangsa meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan lahir tidak cukup bulan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad berkata, bayi malang berkenaan ditempatkan di Unit Pediatrik HKL sejak ditemui empat hari lalu.

Katanya, bayi berkenaan ketika ditemui masih hidup, namun keadaannya lemah selepas dipercayai sejam diletakkan dalam beg galas yang ditutup. 

“Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat bagi memastikan punca sebenar kematian bayi berkenaan,” katanya.

Kenapa perkara sebegini masih kerap berlaku??? kenapa makin ramai insan yang berani melakukan dosa??tidak takutkan mereka pada balasan ALLAH...kasihanilah bayi yang tidak berdosa ini...berilah mereka peluang untuk hidup...

TETAPI............

Jika kesempatan hidup diberikan kepada bayi-bayi malang ini, apakah kebahagian kelak menjadi milik mereka???apakah akan ada insan yang mahu menerima mereka??menerima sejarah hitam mereka??mungkin ada...tapi berapa ramai????kisah silam mereka dan cara mereka dilahirkan bakal menjadi mimpi hitam yang akan menghantui diri mereka selamanya...adakah akan ada insan yang akan menerima mereka seadanya???bayi-bayi malang ini akan terus membesar tanpa keluarga kandung di sisi...adakah kebahagiaan akan menjadi milik mereka?????renung2 kanlah...

0 comments:

Post a Comment

SILA TINGGALKAN JEJAK YER.....SENANG NAK USHAR BLOG KORANG NANT.....he3

TaBuNg AmAnAh SaYa...he3

Yang Menarik Utk Dilihat