Search This Blog


07 January 2011

BaYi CoMeL ...KeNaPa DiBuAnG???


Kes-kes pembuangan bayi makin menjadi-jadi di negara kita ni. Macam-macam trend buang bayi dok ada…yang sedihnya, buang bayi dalam mangkuk tandas la, dalam longkang la..ada plak yang sampai bakar bayi…astaqfirullah hal a’azim..kesiannya la kat bayi yang xberdosa 2. Diorang pun nak hidup gak. Diorang x minta pun di lahirkan ke dunia. Salah ‘mak dan ayah’ diorang juga. Pandai ‘buat’ tapi x pandai nak tanggung. Time ‘buat’ xnak fikir dulu.

kasihan bayi ni???? dia xnak pun jadi mcm 2..apa salah dia???bayi yang baru dilahirkan sepatotnya di azankan ataupun di iqamatkan oleh bapa...tapi dia????????dibuang tanpa belas kasihan...

Kenapa nak siksa bayi yang x bedosa 2. Klau x tahan sangat dah (maaf ayat kasaq cikit), kawen je la.. ‘buat’ cara halal…dosa xdapat, malu pun xdapat. X payah nak pikir nak buang anak kat mana. Bayangkan kalau si pelaku 2 di perlakukan macam 2 time dia baru dilahirkan dulu…baru dia taw…mak ayah dia lahirkan dia elok2, tapi mai tang time dia, dia leh plak buang anak sesuka hati. Ingat bayi 2 apa?sampah????????? “ mak bapak” 2 yang sampah sebenarnya…aku pun xfaham la…layak ke diorang ni dipanggil mak dan ayah????????? MEMANG X LAYAK LANGSUNG….patutnya panggil BINATANG ja….sedangkan binatang pun tahu sayangkan anak…inikan pula manusia…hmmmmm

bayi ni comel...tapi kenapa dibuang dalam tong sampah...kenapa la x berhati perot sangat orang yang melahirkan bayi ni...bukannya cacat bayi ni..sempurna jer..malu la 2...


sedangkan haiwan pun tahu sayangkan anak...anak 2 kan anugerah ALLAH...cuma cara mereka 2 jer yang salah..berani buat, xbrani tanggung akibatnya...

..............................................................................................

Ni plak petikan akhbar yang aku amik dari http://www.bharian.com.my/; bertarikh 03/01/2011…baru lagi ni…

Bayi lemas dalam tangki air tandas

KUCHING: Seorang tukang cuci yang sedang melakukan kerja membasuh tandas di Hospital Serian di sini terkejut menemui mayat bayi perempuan yang dipercayai lemas selepas ditinggalkan ibunya selepas dilahirkan dalam tangki air tandas itu. 

Penemuan itu dibuat jam 5 petang kelmarin, ketika kakitangan terbabit mencuci tandas awam di hospital berkenaan sebelum terlihat sesuatu yang tidak kena pada bahagian penutup tangki tandas yang tidak ditutup dengan elok.

Dia yang cuba membetulkan penutup itu kemudian menemui mayat bayi perempuan yang cukup sifat sudah meninggal dunia di dalam tangki air sebelum memaklumkan kejadian berkenaan kepada pengawal keselamatan bertugas.

Ketua Polis Daerah Serian, Deputi Superintendan Jamali Umi, berkata pihaknya sudah memulakan siasatan, termasuk meminta pihak hospital menyemak daftar masuk pesakit di Wad Kelahiran pada hari kejadian.

“Mayat bayi yang masih bertali pusat dengan berat tidak sampai satu kilogram itu dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) bagi membolehkan pemeriksaan lanjut dilakukan.

“Kita tidak menolak kemungkinan ibu bayi itu telah melahirkan kanak-kanak berkenaan di dalam tandas awam sebelum meninggalkannya di dalam tangki air,” katanya. 

Berdasarkan kesan luka pada badan bayi itu, polis percaya bayi berkenaan mungkin cuba dijirus melalui saluran mangkuk tandas namun ia tidak berhasil berikutan lubangnya yang terlalu kecil.

............................................................................................


Ni lagi satu artikel yang aku jumpa, yang aku nak kongsi ngan korang sume…ni artikel dari http://www.hmetro.com.my/ ; bertarikh 07 Januari 2010

Bayi dalam beg galas meninggal

KUALA LUMPUR: Bayi lelaki berusia enam hari yang ditemui ditinggalkan dalam sebuah beg galas di Jalan Persiaran Titiwangsa, berhampiran Istana Budaya, di sini Selasa lalu, meninggal dunia di Unit Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 3 pagi, semalam. Mangsa meninggal dunia akibat masalah pernafasan dan lahir tidak cukup bulan. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Superintendan Zainuddin Ahmad berkata, bayi malang berkenaan ditempatkan di Unit Pediatrik HKL sejak ditemui empat hari lalu.

Katanya, bayi berkenaan ketika ditemui masih hidup, namun keadaannya lemah selepas dipercayai sejam diletakkan dalam beg galas yang ditutup. 

“Polis masih menunggu laporan penuh bedah siasat bagi memastikan punca sebenar kematian bayi berkenaan,” katanya.

Kenapa perkara sebegini masih kerap berlaku??? kenapa makin ramai insan yang berani melakukan dosa??tidak takutkan mereka pada balasan ALLAH...kasihanilah bayi yang tidak berdosa ini...berilah mereka peluang untuk hidup...

TETAPI............

Jika kesempatan hidup diberikan kepada bayi-bayi malang ini, apakah kebahagian kelak menjadi milik mereka???apakah akan ada insan yang mahu menerima mereka??menerima sejarah hitam mereka??mungkin ada...tapi berapa ramai????kisah silam mereka dan cara mereka dilahirkan bakal menjadi mimpi hitam yang akan menghantui diri mereka selamanya...adakah akan ada insan yang akan menerima mereka seadanya???bayi-bayi malang ini akan terus membesar tanpa keluarga kandung di sisi...adakah kebahagiaan akan menjadi milik mereka?????renung2 kanlah...

04 January 2011

LeLaKi Vs WaNiTa

entri kali ini akan membicarakan tentang hal berkaitan lelaki dan wanita tau...tapi lebih kepada hubungan kekeluargaan, suami isteri dan kaitan antara dosa dan pahala...wow...bunyi macam gerun jer kan... bila sebut pasal dosa...meh nak story cikit...info ni dah lama dalam simpanan aku....member aku amik dari mana ntah...so, aku 'pinjam' la...he3...bak kata orang, sharing is caring...kan???x gitu??nak tahu selanjutnya...baca la kat bawah ni yer...selamat membaca yer...
Kasih sayang seorang suami kepada isteri. Harap2 jodoh aku adalah dari kalangan lelaki yang soleh...amiiin...bahagia rumahtangga hingga akhir hayat...
 
LELAKI

Ashraf Muslim...muka dia nampak bersih ja kan?macam lelaki budiman...encemnyerrr
  • Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.
  • Lelaki berkahwin kena tanggung dosanya sendiri, dosa isteri, anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang baligh. BERATKAN???????
  • Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya.Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya  tetapi jikalau berbuat tidak baik dosanya ditanggung suaminya. BERAT JUGA NI!!!!!!
  • Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tetapi isteri tidak. Walaupun begitu, isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan  pendapatan isteri tanpa izinnya.
Banyak lagi, lebih-lebih lagi bagi lelaki yang sudah berkahwin.  Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dan semut. Itu sebabnya mengikut kajian, nyawa perempuan lebih panjang daripada lelaki. Betul ker??????


PEREMPUAN

Heliza Helmi...aku suka dia..cute la..sweet sgt...matanya yang bulat dan bersih..
  • Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  • Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluarrumah, tetapi lelaki sebaliknya.
  • Wanita saksinya kurang dari lelaki.
  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
  • Wanita perlu menghadapi kesukaran dan kesulitan iaitu, mengandung dan melahirkan anak. Tetapi  anak adalah anugerah Tuhan yang amat berharga sekali buat pasangan yang telah berumahtangga.
  • Wanita wajib taat pada suaminya tetapi suami tidak perlu taat pada isterinya, sebaliknya si suami perlu taat pada ibunya walaupun dia sudah berumahtangga.
  • Talak terletak pada tangan suami, tidak pada tangan isteri. Ada sebabnya kenapa talak tidak diletakkan pada tangan isteri. Ini kerana, perempuan penuh dengan emosi dan cepat bertindak tanpa memikirkan akibatnya. Manakala lelaki lebih sabar dan tidak mudah bertindak berlandaskan emosi semata-mata.
  • Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tidak ada pada lelaki.

SAYANGNYA ALLAH  PADA WANITA

Benda yang mahal hargnya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingnya lelaki dengan wanita.
Wanita perlu taat pada suaminya tetapi lelaki wajib taat pada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankan ibu adalah seorang wanita??

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini. Sekiranya wanita yang mati ketika melahirkan anaknya, maka itu dikira sebagai mati syahid manakala dosanya diampun  ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, sorang lelaki perlu dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula tanggungajawab terhadapnya ditanggung oleh 4 lelaki ini: suaminya, bapanya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. 

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga  yang disukainya setelah cukup 4 syarat ini: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya serta menjaga kehormatannya. 

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang yang berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MASYAALLAH…………. Sayangnya ALLAH pada wanita kan??????????



01 January 2011

MeMoRi 2010 vs ImPiAn DaN HaRaPaN 2011




Bez x entri ni?he3...Selamat Tahun Baru 2011 especially for all bloggerz dan amnya untuk semua rakyat Malaysia yaaa..HAPPY NEW YEAR 2011. GODD BYE 2010…semoga kehadiran Tahun Baru 2011 dapat memberi kita kesejahteraan dan semoga kehadiran Tahun Baru 2011 ini juga dapat memberi kita kejayaan dan kenikmatan hidup..Amiiinnnn. Walaupun 2010 telah berlalu meninggalkan kita, tetapi 2010 telah banyak menyimpan kenangan suka dan duka kita. 2010, apa yang menarik bagi anda?????? Bagi aku xla banyak sangat yang menarik, tapi boleh la klaw skali skala nak refresh kenangan silam…hu3. Antaranya…jeng3

  •  Bulan 5, 2010 aku tamat blajar - Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Pengurusan Perkhidmatam Makanan.
ni gambar candid yeeee...gambar candid pun comel juga...he3

aku suka pic ni...cantik...sweet sangat

like this moment

aksi budak2 grup HMB6FE/F kalau bergambar...macam ni la gayanya

ni team futsal aku, tapi aku x aktif sgt la...jarang2 ja main...

  • Attend kursus kawenn…ye yeayy…pas ni boleh la kawen….he3…galak plak aku ni…tapi bila aku nk kawen ek???


member2 seangkatan ayang amik kursus kawen sama aku..he3. 4 dan 5 dari kiri 2 dah tunang. xlama lagi kawen la 2...diam2 ubi berisi..tahniah untuk kak eza dan hafiz

  • Aku ngan bez frenz aku kat UiTM g berkelah kat Sungai Congkak…ber’BBQ dan mandi-manda…bez, memang bez 



5 sahabat...dari depan - yus, ayu, Ct, ana  dan mimi

bergambar ketika bermandi - manda

ni abang kawan aku...abang Ayu, dia la yang wat bihun, panggang ayam, semua dia yang masak...sedap ooooooooooo
bergambar depan chalet usang sebelum balik

  •  Trip 2 Ulu Bendul ngan classmate aku (HMB6FE/F). memang happening la. Konvoi kreta ramai2. Trip dua hari satu malam memang bez la. Cayang korang semua.
ni pic kami sebelum bertolak ke Ulu Bendul

kenangan Ulu Bendul

ni plak pic bergambar dengan kereta selepas selamat sampai kat UiTM...tengah hari pun dok gila bergambar lagi...he3

  •  PLKN Siri7/ KUMP 3/2010 – aku pun xsangka, umur dah lanjut pun kena pi lagi..ahakzzz..dulu pas SPM aku x pi coz aku wat penangguhan. Sebabnya…….aku wat Diploma time 2.he3
aku bersama kawan aku...Munirah namanya. aku xsangka aku juma dia kat sana. Munirah ni kawan sekolah rendah aku dulu.pas habis sekolah rendah aku dah xjumpa dia dah

ni la antara pelatih lelaki yang veteran..sama kes ngan kau la...dah tua2 bangka pun kena p PLKN...nasib bek la aku da geng kat sana...diorang ni memang sporting giler lah...

ni plak pic time menyambut kemerdekaan yang ke-53
  • 26/11/2010 -  my Graduation Day. Selepas 3 tahun aku bertungkus lumus memerah keringat dan memerah idea kuar dari kepala otak aku ni, akhirnya berbaloi juga. Berjaya juga aku menggengggam segulung Ijazah…alhamdulillah…
ni dalam dewan, time tunggu giliran nak naik pentas...he3

ni la antara rakan2 seperjuangan aku..bergambar selepas tamat adat istiadat konvokesyen

ni plak roomate aku....1 tahun dia jadi roomate aku...banyak suka dan duka kami kongsi bersama...TQ Nurul Ummira...cayang ang
  • baru2 ni plak, aku pi pesta bunga kat Penang dengan kawan baik aku, Siti Fairus

sempat lagi aku bergambar dengan board 2 - Floral Art Show-

ni la kawan baik aku...baik sangat2...comel kan????


2 la antara hal yang terjadi dalam kamus hidup aku sepanjang tahun 2010…banyak lagi, tapi xkan la aku nak list semua kat sini kn?cikit2 sudah…



LEMBARAN BARU 2011………….


Apa azam anda untuk tahun 2011???????he3. macam2 azam dok ada kan? Tapi azam tahun lepas dah tercapai ke belum?kalau belum, renew je la azam tahun lepas 2 ek…he3 


Semalam ramai la yang menunggu detik nak menyambut Tahun Baru 2011 ek????… jalan raya dah memang sah2 jammed gilerrrrr. Dalam dok menyambut tahun baru 2, ada la budak2 muda-mudi dok wat ‘onar’. Yang memalukan skali adalah remaja Melayu beragama Islam. Astaqfirullah hal a’zim….apa lak nak jadi. 

ni keratan akhbar hari ni (1 Jan, 2011), tapi keratan paper ni aku amik kat tenet....he3

Tapi semalam aku x pi sambut New Year pun. Malas la nak kuar…kat depan umah aku ni pun ada jer orang kampung yang sambut New Year. Depa dok main bunga api. So aku pun dapat la join skali. Percikan bunga api memang cantik kan?????

cantik nya Kuala Lumpur. di hiasi dengan percikan bunga api. ambang Tahun Baru 2011. tapi sori yer...gambar ni amik kat tenet...sekarang mudah jer, semua di hujung jari, taip jer nak apa,...trus kluar apa yang kita nak...he3

yang ni pun cantik kan?????ada corak2 lagi...he3


 NEXT, apa nak wat untuk tahun 2011? Dah wat schedule atau list ke belum? Dalam tahun 2011, aku plan aku nak……………….

  • Cari kejer, dapat kejer. Pas 2, dapat gaji jer, aku nak start bayar PTPTN aku. Haishhhh…muda2 lagi dah da hutang banyak. Nak wat cam na, time blajar, xda duit nak blajar. Nasib baik la ada PTPTN…so, xnak la jadi kacang lupakan kulit yang macam dalam iklan 2…he3

logo ni sangat familiar dengan sume student. xkira la student IPTA ke, IPTS ker, kolej ker, apa saja lah yang berkaitan dengan institusi pengajian tinggi...bertuah la sapa yang grad dengan kelas pertama, x payah susah2 nak fikir nak bayar hutang kat PTPTN...

  • Bila income dah stabil, aku nak bli kereta sendiri. Senang la nak pi mana2 nanti. Xkan nak merempit kot…he3
buat masa sekarang, aku minat Myvi...klaw dah da gaji besar, aku nak la beli yang grand cikit...he3...insyaallah

kalaw xdapat Myvi, Viva pun Ok...tapi kalaw bleh...aku nak warna Putih...I like white...hu3

  • Aku nk beli camera DSLR…dah lama tingin nak beli. Tapi belum da duit lagi. Da duit nanti aku nk beli la…
kalaw x silap aku, yang ni model Nikon D3100 kot...aku ni xpandai sangat bab2 camera jenis ni...tapi minat sangat guna camera DSLR. pic dia cantik2 klaw guna camera ni. klaw aku nak bli, kena ajak yang pakar la teman aku pi beli nanti...boleh x?

Aku harap, tahun 2011 ni, hidup aku senang cikit. Semoga apa yang aku wat diberkati dan diredhai Allah…Amiinnn…

Entri aku kali ni panjang lak, entri paling panjang yang pernah aku wat...ha3..

*p/s: aku harap impian aku jadi kenyataan...amiiinn...

31 December 2010

TraGedi 28 DiSeMbEr 2010

hai apa la nasib....macam2 jadi on this date..abah aku ngan adik aku accident. kena langgar lari...waktu 2 pukul 9++ pagi la. abah aku bawa adik aku naik moto. tujuan dia nak beli buku sekolah kat adik aku. on the way nak pi SMK Pokok Sena, abah aku ngn adik aku kena langgar ngan moto dari arah belakang. yang langgar 2 plak budak sekolah yang xda lesen. yang langgar 2 bukan lelaki taw...tapi pompuan. memang kuang jaq la...dah la langgar bapak aku, pas 2 blah cam 2 jer...memang xda ati peqot langsung. sepatutnya ari 2 aku nk p 'dating' la. tapi xda rezeki kot. nak wat cam na. terpaksa la dibatalkan niat aku 2. abah aku harus diutamakan dulu. time kejadian 2, aku kat umah, tengah masak tengah ari...aik...kul 9 pagi masak untuk tengah ari?????awal giler...he3...memang la...aku masak awal sebab plan aku, aku nak kuar ngan orang tersayang. mak bapak aku pun dah bagi green light nk kuar dating. tapi malang x berbau. abah aku accident lak..xpe lah...lain kali lah kuar dating. yang 2 x penting sangat. tengah aku dok kusyuk masak 2, ada la salah sorang orang kampung aku ni, datang bagi taw aku, abah aku accident. time 2 aku dah cuak giler...nak wat apa ni?????blur...lagipun xda sapa kat umah aku ni...sume kuar g kejer...so aku pun kol la sume adik bradik aku...yang tengah kjer 2, aku kol suoh balik...time aku tengah busy dok callling2 adik bradik aku, orang yang menyaksikan accident 2, dah minta bantuan ambulans...Tq ek untuk orang2 yang dah tolong abah and adik aku 2...really appreaciate it..abah aku ngan adik aku depa antar pi Hospaital Kepala Batas. Adik aku luka ringan ja. dia luka kat lengan kanan. tapi abah aku teruk cikit ar. muka dia memang luka teruk. kena jahit kat kening 6 jahitan...lebam gak ar...darah kuar banyak giler kat kepala. tapi alhamdulillah, pas X-ray, doktor kata xada apa yang serius. kepala pun Ok. so, pas abah aku wat X-ray, doktor check sume Ok, abah aku pun leh balik....so settle la bab accident 2...pengajaran kat sini, pada budak2 yang xdak lesen ,xpayah la dok gatai bawa moto, jadi apa2 kat tengah jalan payah...mak pak plak xpayah la dok bagi anak2 depa naik moto klaw xda lesen.. dah tau benda 2 salah dan bahaya...nasihat la sikit anak2 2....nasib baik la abah ngan adik aku Ok...klau jadi benda yang lagi teruk....aku xtau la...



malam 2 plak, abang aku ajak pi Pizza Hut...........dia nk redeem Hot Ticket dia. dia ada 29 keping Hot Ticket..byak gilerrrrr. he3...memang kenyang la malam 2. 


 ni la contoh Hot Ticket 2..he3..aku lupa la nk snap Hot Ticket abang aku punya...klaw x, leh tunjuk bukti kat korang sume..

mula2 kami pi Tesco Extra kat Seberang Jaya. rupanya xda Pizza Hut kat sana. pas 2, nak menjimatkan masa, aku pun SMS la kawan aku. tanya dia kat mana lagi ada Pizza Hut. dia pun bagi taw la kat lokasi sekian2..he3..aku ngan abang aku pun terjah la tempat 2..kami kuar dari umah dalam pukul 8.30 malam macam 2 la...tapi disebabkan kami xtaw tempat mana yang ada Pizza Hut, so kami sampai la kat  Pizza Hut Sunway Carnival Mall 2 dalam pukul 9.15 malam. cashier kat kaunter 2 pun pening kepala gak la handle Hot Ticket kami 2...lama gak la tunggu...pukul 10.00 malam baru settle sume 2...tapi berbaloi la dapat makan pizza...memang banyak giler. so kami pun bagi la cikit kat jiran2 dekat ngan umah...Fuhhhhh...kenyang giler dan puas atie la dapat makan pizza...Tq  to Hot Ticket....
ni la bangunan  Sunway Carnival Mall Seberang Jaya...ni pic aku amik kat tenet..sapa punya ntah aku amik ni..he3 

1 Hot Ticket dapat 1 personal pizza. tapi kami xdapat personall pizza. da yang dia wat regular...coz banyak sangat personal..dia wat regular la...x kesah la...aku sume Ok jer..pizza gak...tapi 1 Hot Ticket kena tambah RM 1...he3, so sapa yang da Hot Ticket, leh la pi redeem yer...berbaloi-baloi....

ni pepperoni pizza...contoh je la...kalaw makan yan personal punya, aku sorang pun dah kenyang...he3

26 December 2010

KaTaKaN TiDaK PaDa PoLiStEr!n DaN PLAsTiK

Meh cini aku nk berkempen jap.ha3...mcm ahli politik nk bertanding pilihan raya lak aku ni..keh3...nak berkempen-kempen bagai...ahakkss. xdalah, ni kempen tentang bahayanya penggunaan polisterin ataupun apa saja yang berasaskan plastik laaaaaa. Aku rasa ramai yang dah tahu, tapi maybe wat2 xthu ataupun mls nk amik tahu kot. Kat sini aku nk share sikit info ngn korang sume..sume info ni aku cari kat tenet. So, aku dah code dari mana info ni aku amik. Klau korang nk search further info, korang klik jer kat link yang aku dah bg ni ek…aku cuma amik cikit2 jer.


Meh aku start dengan  APA ITU POLISTERIN????????



ni  la  polisterin...sinonim dengan 'white coffin'. nak tahu x knapa sinonim ngn 'white coffin'.??coz benda alah ni, kalau digunakan boleh menyebabkan maut...sbb 2 la dipanggil 'white coffin' , bkn saja2 nk panggil dia 'white coffin' taw



Polisterin mengandungi tirena dan benzena yang boleh menjejaskan alam sekitar yang mana bahan-bahan berbahaya ini 500 tahun untuk dimusnahkan secara semulajadi.Tambahan pula,hasil kajian yang dilakukan oleh Institut for Energy and Environmental Research(IEER) pada tahun 1992 menunjukkan polisterin yang diperbuat daripada HCFC-22 berpotensi mengancam persekitaran 3 hingga 5 kali lebih tinggi berbanding bahan-bahan buangan yang lain.  More info klik kat sini ek:  http://careiptb.blogspot.com/2010/01/bahaya-polisterin-dan-kesan.html



Selain itu juga, jeng3…ahaksss


kajian membuktikan bahawa polisterina mengandungi bahan kimia yang boleh menyebabkan kanser dan ia mengambil masa 500 tahun untuk reput dan kemudiaannya akan bertukar menjadi toksik. Malah, bahan styrene dan benzin yang terdapat dalam polisterina boleh membawa kesan buruk kepada alam sekitar melalui penipisan lapisan ozon dan ia tidak boleh dikitar semula.



kalau nak tahu juga, polisterin ni amat susah nak di kitar semula dan menganbil masa hampir 500 tahun untuk reput...hurmmm...lama 2...



Ada lagi ye, teruskan membaca…..~ngeh3~



Ia juga banyak mendatangkan kesan buruk kepada kita dan mendatangkan risiko tinggi yang boleh menganggu kesihatan. Sebagai contoh, kesan pada sistem saraf seperti kemurungan, tahap tumpuan yang rendah, kelemahan otot, loya dan gatal mata, hidung dan tekak. Kajian juga menunjukkan haiwan yang memakan kandungan styrene yang tinggi dalam jangka masa panjang mengalami kerosakkan hati, buah pinggang dan paru-paru. Maka tidak hairanlah styrene berkemungkinan menyebabkan kanser kepada manusia. More info, tekat je yang kat sebelah ni: http://www.gempak.org/forum/sembang-kosong/21802-bahaya-polisterin.html




so, untuk mengelakkan dari sebarang masalah ataupun penyakit, elok lah kita sume " SAY NO TO POLYSTYRENE"


Selain tu , banyak gak premis2, universiti2 ataupun kolej2 yang mengharamkan penggunaan plastik dan polisterin kat tempat diorang. Setahu aku, yang aku tau,USM, Politeknik  Sabah, Uitm, dan byk lg lah…aku nk bg info yg xda fakta btol ni…payah gak…takut tersongsang fakta…he3. Lagipun dah byk pasaraya dan shopping complex yg dah lama berkempen tntg bnda ni. Diorang dah set 1 ari untuk xda plastik dalam “transaction” jual bli barang. Sampai ada yg kena bawa beg sndiri time g shopping. Kah3 ..Bagus gak 2, dapat kurangkan  penggunaan plastik yang boleh mencemarkan alam sekitar. Tapi da gak yang xsuka coz leceh  nk bawa beg sendiri. Nth la…da yang suka, da plak yang xsuka…tapi suka2 kanlah yer…bkn teruk sgt pun…



USM adalah antara universiti yang melakukan kempen secara besar-besaran menentang penggunaan polisterin di dalam kampus mereka. universiti inilah yang setahu aku gigih melaksanakan kempen "The White Coffin" dan "Tapau Mania", sehinggakan mereka digalakkan membawa bekas makanan sendiri sebagai tanda memboikot polisterin dan plastik ni. bagus diorang ni...bersungguh2. respect la kat USM ni...cewah3



UiTM juga adalah salah sebuah universiti yang tidak menggalakkan penggunaan polisterin di dalam kampus. Fakulti Pengurusan Hotel Dan Pelancongan tidak menggunakan polisterin di kafe untuk tujuan pembungkusan(tiba2 je wat ayat skema...he3)



Korang pandai2 la menilai, samada baik ker, buruk ker, leceh ker, apa ker tentang hal ni. Bagi aku, kadang2 aku xsuka gak guna benda alah ni coz dulu time aku degree, aku da wat thesis gak tentang polisterin ni. Byk gak la journal2 yang aku kena cari. Sambil mencari 2, aku kena la baca gak. Xkn la aku nk pakai sumbat masuk mcm 2 jer…x berkualiti la thesis aku nnt. Selak punya selak, baca punya baca, lastly timbul la kesearan dalam diri aku ni tentang bahayanya penggunaan plastik ataupun polisterin ni. So, korang mcm mn lak?????lu ikir la sndiri ek…aku dah share, terpulang la pada korang..ok??


Last skali, aku sediakan link ni utuk korang sume ek…korang klik la klaw nk further info tntg polisterin dan yang seangkatan dengannya yer…TQ…daaaaaaaaaa








SILA TINGGALKAN JEJAK YER.....SENANG NAK USHAR BLOG KORANG NANT.....he3

TaBuNg AmAnAh SaYa...he3

Yang Menarik Utk Dilihat