Search This Blog


28 February 2011

MoNeY!!! MoNeY!!! MoNeY!!!


Nak jana pendapatan blog anda????? Meh aku nak story cikit. Actually, aku pun baru je join. 2 pun lepas eyla terjah blog saya. so, saya pun terjah la blog dia kembali. blogwalking la katakan...he3... sambil2 terjah 2, ternampak la something yang menarik...haaaa...apa lg????? Dengan kusyuknya, aku pun terus la membaca 'benda' tu dengan lebih detailsss...pasal income...sapa yang x berminat kan???? he3...
 
 
Nak tahu ke apa yang aku baca??? ringkasannya mcm ni lah....lebih kurang macam nuffnang/manggaonline la juga.Tapi yang ni kita panggil HeartBeat(HB):) ...menyediakan pendapatan sampingan buat semua bloggers2 melalui Affiliate Program Nak tahu step dia, follow further info kat bawah ni ek....



1) Mula2 skali Klik Banner ini dahulu:


2) Lepas tu dah klik pergi ke banner Heartbeat yang ini:




3) Selepas itu, Klik Create Account. Isilah 'benda alah' yang biasa korang isi tu..
Accept Terms & Condition dia skali. 


4) pas tue, korang tgk kat atas skali, sebelah My Account 2, ada "Join HB! Affiliate" kan??? Klik jer yang 2..

Pas 2 terus ke link "Online Application"
then klik yang 2,pas 2 isi 'benda alah' 2 lagi....he3


5) Dah buat semua 2??? Nanti masuk HomePage korang, pas tue nampaklah 
"GET A CODE" 
then klik untuk dapatkan code


6) Then macam biasa lah pergi ke layout blog korang dan letak link tue
 
 
7) Bila dah Copy and Paste, pas 2 save. Maka siaplah semua...pas ni tgu wet masyuk jer...



Jangan risau, HB! takkan kacau nuffnang since dia belog persendirian, dia bukan advertiser agent macam Nuffnang. ;)


Jangan Risau lah...ok????


Untuk maklumat lanjut, bolehlah ke website tersebut ye kawan2! :)

 
 
credit to: http://eyla-comtesse.blogspot.com/ 

27 February 2011

KoLeKsI LaGu TeRhEbAt - VoL. 3


Bila dengar lagu ni tringat pulak kenangan time aku join Program Latihan Khidmat Negara Kump3/Siri7/2010. Banyak kenangan dan pengalaman yang aku dapat sepanjang hampir 3 bulan aku kat PLKN Kem Syruz, Machang Bubuk. Even aku antara pelatih senior, aku tabahkan ati jugak...semua ni gara-gara aku buat penangguhan dulu (2005). Alhamdulillah, semua berjalan lancar dan aku berjaya menamatkan program tu dengan selamat. 

Lagu ni sudah sebati dengan jiwa aku.PLKN banyak memberi manfaat terutama kepada anak muda. Semoga program ini dapat diteruskan dan semoga semua pelatih dan bekas pelatih yang telah menjalani program ini dapat mengaplikasikan apa yang telah diterapkan sepanjang program ini dalam kehidupan dan dapat menjadi warganegara yang cintakan negara.



sayangilah dan hargailah kemakmuran yang telah kita kecapi sekarang. Janganlah kita hancurkan dan melupakan jasa-jasa insan yang telah berjuang dan berkorban untuk negara kita.Bersama-samalah kita berusaha meneruskan perjuangan itu dan bersama-sama memakmurkan dan memajukan negara kita..


iLusi OpTiK


apa itu iLusi OpTiK ?????  ilusi optik…… Ilusi optik bermaksud bayangan atau khayalan yang terjadi kerana salah tafsiran otak terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Hal ini selalu dipraktikkan di dalam silap mata.( Penulis: Amiene Rev,2008)


pernahkan anda alami fenomena atau sesuatu yang berkaitan dengan ilusi optik??? Cuba anda perhatikan setiap gambar yang akan saya tunjukkan di bawah... dan fahami apa itu ilusi optik dan bagaimana ianya terjadi???


apa yang anda lihat dan apa yang anda rasa???? Adakah ianya mengembang dan bergerak ke arah anda??? sebenarnya gambar ini adalah statik, tetapi disebabkan ilusi optik yang kita alami, maka kita merasakan seolah-olah ianya bergerak...


Cuba anda tafsirkan sendiri, apa objek lain yang dapat anda lihat disebalik gambar yang nyata ini???? ya....seraut wajah manusia kan???? Bagaimana ianya terjadi???? Itulah ilusi optik...bayangan yang terjadi kerana salah tafsiran otak terhadap sesuatu perkara yang dilihat


Jangan tegok gambar ni lama-lama....nanti pening kepala....


Kadangkala, otak kita memerlukan masa yang agak lama untuk menafsir sesuatu objek atau kejadian yang berlaku. Contohnya seperti gambar di atas. Gambaran asal yang dapat di lihat hanyalah wajah seorang lelalki tua, tetapi disebalik gambar itu, ada lagi tafsiran yang dapat di buat.


Berapakan bilangan manusia yang dapat anda lihat???? Cuba anda biarkan otak anda membuat tafsiran ke ats gambar ini... Selamat mencuba....
 

KoLeKsI LaGu TeRhEbAt - VoL. 2

Bila Waktu Telah Berakhir - Opick ::::::: Lagu yang mungkin dapat menginsafkan hati orang yang alpa pada Yang Maha Esa...sama-sama lah kita saling ingat-mengingati...InsyaAllah....


26 February 2011

KoLeKsI LaGu TeRhEbAt - VoL. 1


Dadali - Disaat  Aku Mencintaimu  lirik by RioChikagu ::::::: Lagu amat sesuai untuk orang yang frust putus cinta ataw baru saja kehilangan orang yang tersayang......

16 February 2011

PeTuA KeSiHaTaN DaN KeCaNtiKKaN - VoL. 4


MACAM-MACAM PETUA
 

1. Petua melebat dan menghitamkan bulu mata

nak bulu mata yang hitam dan lebat????

Cara-caranya:-
  • Rendam 1 sudu teh dalam 1 cawan air semalaman. Keesokannya lurutkan air rendaman teh pada bulu mata dengan mengusapnya ke atas menggunakan hujung jari telunjuk. Boleh juga menggunakan minyak zaitun sebagai ganti. Lakukan setiap malam sebelum masuk tidur.


2. Petua atasi perut buncit

masalah perut buncit???hmmmm...cuba la petua di bawah ni taw.

Cara-caranya:-


  • Elakkan minum air sambil makan makanan berat seperti nasi dan steak. Minum air setelah selesai makan. Seelok-eloknya minum air setengah jam atau 3 jam kemudiannya.


3. Petua merawat siku/lutut hitam dengan buah lemon
inilah siku..he3...guraw jer, macam la korang xknl siku kan??? sesetengah orang ada masalah siku hitam..bukan saja siku, tapi pada sendi2 lain juga. So, siapa yang ada masalah ni, boleh la cuba petua di bawah ni. 

Cara-caranya:-


  • Ambil sebiji buah lemon dan belah kepada 2 bahagian. Ramas sebelah lemon pada sebelah siku/lutut anda biarkan basah selama 10 minit. Lakukan perkara yang sama pada bahagian siku/lutut lagi satu. Setelah itu, cuci bersih siku/lutut dan sapu losyen untuk kulit. Ulangi langkah ini sehingga warna hitam hilang.
 

4. Petua memutih dan menguatkan gigi dengan halia

untuk mendapatkan gigi yang bersih, putih dan kuat...cubalah petua di bawah yer
 Cara-caranya:-

  • Ambil sepotong halia dan sesudu garam kasar, tumbuk sehingga lumat. Tambahkan sedikit air dan bancuh hingga sebati. Kumur dengan air bancuhan ini setiap kali selepas menggosok gigi sebelum masuk tidur.
  • Amalkan setiap hari. Gigi anda bukan sahaja akan putih dan kuat malah mulut anda akan berbau wangi

PeTuA KeSiHaTaN DaN KeCaNtiKKaN - VoL. 3

PETUA HILANGKAN PARUT DAN JERAWAT


Petua hilangkan jerawat

suka picit jerawat ey??? Jangan amalkan. Nanti ada parut baru taw. Lagi x cantik..Cuba la petua aku bagi ni
Cara-caranya:-

Bancuh sesudu susu tepung dengan sedikit air. Tepek pada keseluruhan muka setiap malam. Setelah kering, bilas dengan air suam. Amalkan setiap hari.



Petua hilangkan parut demam campak

Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam

Untuk menghilangkannya, cubalah petua di bawah ini:

1) Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari atau sehingga parut hilang.

2) Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

3) Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari hingga parut hilang.



Petua hilangkan parut di muka-pegaga

for those yang xtahu rupa daun pegaga, ini lah rupa daunnya...he3
 Cara-caranya:-

Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.

15 February 2011

PeTuA KeSiHaTaN DaN KeCaNtiKKaN - VoL. 2

PETUA MERAWAT SENGGUGUT

senggugut - gambar hiasan

Masalah ni biasanya berlaku pada kaum Hawa jer. Sebulan sekali mesti datang punya la penyakit ni. Penyakit datang bulan la katakan. Tapi sesetengah perempuan jarang sakit ni.  Sesetengah orang kata, kalau senggugut ni, susah nak mengandung @ bersalin...Betul ker??? Aku pun xtahu sangat betul ke x. Tapi korang boleh cuba petua ni klau korang sakit senggugut yer.



Petua 1

Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.


Petua 2

Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.


Petua 3

Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih
padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.


Petua 4

Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.


Petua 5

Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.


PeTuA KeSiHaTaN DaN KeCaNtiKKaN - VoL. 1


PETUA HILANGKAN BAU BADAN



Ada masalah bau badan ker? Cuba try petua-petua di bawah ni. Manalah nak tahu kot2 mujarab...Selamat mencuba
 
1. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Hampas Teh
     Gosok hampas teh yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 15 minit dan kemudian mandi. Amalkan 3 kali seminggu.


2. Petua Hilangkan Bau dengan Badan Hampas kelapa
    Gosok hampas kelapa yang telah digunakan pada keseluruhan badan terutama pada bahagian kuat berpeluh seperti ketiak dan tengkuk. Biarkan selama 45 minit dan kemudian bilas. Amalkan 3 kali seminggu.

 
3. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Beras
    Ambil segenggam beras dan goreng tanpa minyak sehingga hangus. Ramas hingga hancur dan campurkan dengan sedikit air asam jawa. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan selama 10 minit. Kemudian bilas atau mandi.
 

4. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Tawas
    Ambil seketul tawas dan gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari atau Campurkan tawas yang telah dijadikan serbuk dengan sedikit beras dan gaul rata. Gosokkan pada bahagian mudah berpeluh dan biarkan semalaman. Kemudian bilas atau mandi. Amalkan setiap hari sehingga berpuas hati.


5. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Daun Sirih dan Daun Nanas Muda
    Rebus sama banyak daun sirih dan daun nanas muda bersama dengan sedikit garam sehingga air rebusan menjadi separuh. Minum air rebusan ini setiap hari selama seminggu dan rasailah hasilnya.
 

6. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Timun Muda
    Kupas kulit sebiji timun muda dan basuh bersih. Gosokkan pada bahagian-bahagian badan yang mudah berpeluh setiap kali lepas mandi. Amalkan setiap hari.


7. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Serai Wangi, Daun Jambu, Daun Lengkuas dan Daun Pandan
    Ambil secekak serai wangi, daun jambu, daun lengkuas dan daun pandan dan masukkan ke dalam periuk bersama dengan air sehingga terendam sepenuhnya. Rebus sehingga mendidih. Campurkan air rebusan dengan sebaldi air bersih. Jadikan air ini sebagai bilasan akhir ketika mandi. Amalkan tiga kali seminggu.


8. Petua Hilangkan Bau Badan dengan Batang Pokok Kantan
    Potong batang pokok kantan pendek-pendek dan tumbuk hingga lumat. Rebus hingga mendidih. Gunakan air rebusan sebagai air mandian. Bilas akhir mandian dengan air bersih biasa.


14 February 2011

InFo aLaM SeKiTaR – TaHuKaH AnDa???


TaHuKaH AnDa????

1.    1. Kesan Rumah Hijau berpunca daripada pembebasan bahan pencemaran udara seperti asap daripada kenderaan dan kilang. Penggunaan penyembur aerosol dan sesetengah peti sejuk  serta  penghawa dingin yang membebaskan CFC juga penyumbang kepada pemanasan global.
selamatkanlah Bumi kita

2.      2. Kempen Earth Hour merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh Tabung Alam Sedunia (WWF). Ia dilaksanakan dengan mematikan semua lampu dan peralatan elektrik selama 1 jam. Ia bertujuan untuk mengurangkan pembebasan gas carbon ke udara sekaligus mengurangkan pemanasan global.

Kempen Earth Hour yang tahun lepas punyer...tahun ni bila ek???

3.      3. Beg plastik memerlukan 100 – 500 tahun untuk lupus jika ditanam dan jika dibakar ia akan memberi impak yang lebih besar kepada alam sekeliling termasuk manusia.

say NO to plastic bag yer... 

4.      4. Mod Sedia di Peralatan Elektrik seperti lampu neon hijau, merah dan kerlipan perkataan akan kelihatan pada televisyen, pemain video, stereo, komputer dan lain-lain peralatan elektrik. Mod sedia adalah petunjuk kepada pembaziran elektrik kerana penggunaan mod sedia boleh mengurangkan sehingga 100kW jam setahun iaitu lebih kurang RM 22/tahun. Bagi penggunaan elektrik dengan cekap, pastikan kesemua suis peralatan elektrik ditutup.


aku pun xfaham sangat pasal ni...klaw sapa yang da idea tentang ni, kongsi2 la yer


5.      5. Kitar Semula Dapat Menyelamatkan Hutan. Ini kerana untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang.Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberikan kita oksigen dan udara yang bersih.

Jom pakat kitar semula...jom la



6.    6.  Mentol. Jika enam juta rumah menggantikan 100W mentol bulat atau tungsen kepada lampu neon atau lampu fluorescent kompak  20W, ia akan menyebabkan  penjimatan elektrik yang mencecah  hampir 1.56 billion  kW/j, iaitu bersamaan dengan penjimatan sebanyak hampir RM615 juta setahun!


Jangan terpedaya yer..



7.     7.  Screen Saver’ di komputer. Ia hanya membazirka tenaga. Kebanyakkan komputer menggunakan 2 kali ganda tenaga elektrik untuk menyalakan skrin berbanding tenaga yang digunakan untuk proses dalaman. Tujuan utama ‘screen saver’ diwujudkan adalah untuk mengelakkan screen daripada terbakar oleh imej yang konstan, namun ia tidak diperlukan lagi pada zaman yang moden ini. Jika anda ingin menjimatkan penggunaan tenaga elektrik, anada boleh menetapkan ‘screen saver’ anda kepada ‘tiada’ atau ‘skrin kosong’.

tentu korang tahu kan?apa itu screen saver...klaw xtahu tipu la 2...



8.      8. Label Penjimatan. Rujuk label pengelasan kecekapan tenaga apabila membeli barang elektrik.Mengikut standard Malaysia, produk  akan dilabel kecekapan penggunaan tenaganya antara 1 hingga 5 bintang. Label 5 bintang sebagai paling cekap diguna. 

klaw beli barang2 elektrik 2, tengok la label label pengelasan kecekapan tenaga dulu yer



9.       9. Bateri. Satu bekalan tenaga sampingan yang digunakan oleh semua. Namun dalam tidak sedar, pengguna gagal melupuskan bateri dengan baik selepas peranti itu tidak lagi mampu mengalirkan kuasanya. Pasti ramai yang tidak membuang bateri dengan baik selepas digunakan dan hanya melontarkan ke dalam tong sampah. Cuba bayangkan jika sebahagian 25 juta rakyat negara ini membuang sebiji bateri seminggu, apa akan terjadi? Pembuangan bateri yang tidak digunakan akan menyebabkan toksik  plumbum tersebar secara meluas di permukaan bumi.Jika plumbum memasuki tubuh kita, ia akan menyingkir logam-logam lain yang berguna di dalam tubuh manusia lalu menyebabkan kesan tertentu. Logam-logam yang disingkir termasuklah zat besi, zink, raksa dan kuprum. Kekurangan bahan-bahan tersebut boleh menjejaskan pembentukan sel darah merah normal sekaligus bahaya untuk kesihatan manusia.

Contoh Bateri yer...tapi jangan boikot bateri ni plak...nanti xpasal2 plak..he3


*******Info Bil.01/2010 (Harian Metro : Khamis,27/11/2011)*******

10 February 2011

moDe: SeDiH


hai korang...malam ni aku xda mood la...sedih lak rasa...naper ek???da sapa2 yang nak tenangkan aku x??? korang kat sana sihat???dah lama aku x luah perasaan kat blog aku ni...asyik dok berkempen jer...kali ni, aku nak story dan kongsi sedikit perasaan sedih aku ngan korang kat sana. meh la korang bagi aku epy cikit...
  dua tiga hari ni aku asyik kuar jer...busy sikit..da la hal yang aku wat...petang tadi aku da dapat 1 mesej. dia suoh aku p saringan untuk jawatan Penolong Pengurus Asrama ...kat USM Kelantan. aku memang da apply kerja 2. apply online ja...aku pun x taw..good news ataw bad news...xda feeling langsung. padahal aku memang nazak cari kerja ni...dah dapat peluang..tapi aku xtaw nak wat cam na...KELANTAN??????? jauh wei.......2 baru saringan, belum intebiu lagi...

21hb FEB ni lak aku da interbiu amlife insurans. klaw bleh aku nak la jawatan executive 2. tapi aku pikiaq balik...kena jual insurans ker? gaji not bad la... RM2500. aku konpius ni...xtahu nak wat apa...kerja kat USM ok gak...fully goverment kan???? so terjamin la...slow2 la...nanti2 up la jadi pegawai...tapi masalah aku, kena p saringan 2 kat USM Kelantan daaaaaaaa.... 

apa yang aku nak xdapat, yang aku xnak lak dapat.... bukan memilih tapi masalah aku...DUIT ngan jauh nak p sana. lagipun aku xda sedara-mara kat sana...macam x berbaloi lak...semata-mata nak p saringna pemilihan calon untuk jawatan 2. kalaw dah comfirm kerja sana, aku sanggup kerja kat Kelantan...x bleh ke kalaw aku minta wat saringan 2 kat USM Penang jer????Dekat jer ngan aku...ntah la wei...aku sedih sangat....fikir pasal kerja la, family la.....macam2 la...hmmmmmmmmmmmm...


02 February 2011

25 Random Facts About Me

hai sume...auralucky da tag aku...nak tahu apa dia tag kat aku...meh aku nak bagitaw korang...pas ni aku nak tag korang lak...tengok la sapa yang nak kena nant...he3...bertuahnya orang 2 kan????

kali ni aku nak sopan cikit la...the owner of love lavender's blog is anna...he3..kali nie aku nak bahasakan diri aku anna..boleh kan?sopan x?want know more about me? i'll list 25 Random Facts About Me..check it out...

"Once you have been tagged,you are suppose to write a note, with 25random thing, fact, habits or goal about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. If I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated.
(ni la kata2 azimat yang korang patot tahu pas aku tag korang yer.juz follow the instruction.jangan degil!!!he3...garang x aku ni????mana da garang...biasa2 jer...bak kata orang.xkena maka xcinta...oppppsss....he3)
jap2..pas aku fikir banyak2 kali...macam xbez lak aku bahasakan diri aku 'anna'...macam pelik la...rasa macam skema ja...xfriendly la...nak bahasakan 'aku' gak la...rasa macam lagi rapat ngan korang...x pe kan???? 

1. nama aku SUHANA BINTI KAMALUDDIN...boleh panggil aku anna...tapi jangan panggil aku sue...i x biasa u...he3 
2. aku anak ke-5 dari 6 adik beradik...


3. dalam famili aku...ada dua jer gurl..yg len sume laki...kakak aku dah kawen...aku la gurl sorang dalam umah...selalu kena buli wat keje umah...i hate that...menci...menci...menci..(ngada x???)

4. aku nie baru jer grad dari UiTM Shah Alam. aku grad 20hb 11 2010.baru lagi kan??????


5. ada sepasang  anak saudara ...cumil2...yang montel pun ada...he3...sayang sangat kat diorang..

6. time aku blajar aku amik jurusan Pengurusan Perkhimatan Makanan. aku wat Diploma dalam jurusan ni kat UiTM Terengganu. Pas 2 wat Degree kat UiTM Shah Alam.


7. aku ni kelakar orangnya...pendek kata friedly la...senang nak wat kawan...


8. walaupun senang wat kawan...tapi aku xsuka "kawan makan kawan"...faham2 je la ey maksud aku ni. lagi satu aku xsuka kawan yang hipokrit...

9. aku suka makan laksa...ari2 makan laksa pun xpa...orang kata aku ni "hantu laksa"...he3..takut x???aku ni hantu ker?xda lah...orang macam korang gak...


10. kalaw minum plak..aku suka order teh 'o' ais...air lain xnk...xlayan...he3 

11. time tido aku mesti pakai stoking...time kat kolej dulu, kawan2 aku kata macam baby la...tido pun  nak pakai stoking...he3...


12. lagi satu tabiat aku sebelum tido.......aku mesti letak bantal busuk aku kat muka aku...xda bantal busuk aku...lambat la aku leh pejam mata...(macam budak kecik x????)
13. aku suka shopping kasut,beg ngan baju....(klaw wet banyak,shopping sakan la aku)


14. aku tringin nak jadi pendidik...x kesah la..pensyarah ka,chekgu ka....asalkan pendidik...(rugi x amik kos pendidikan dulu)


15. suka layan lagu jiwang...


16. mudah sensitif.(cepat terasa ati.. tapi control je dalam hati. so xda orang yang tahu aku ni terasa ati ngan seseorang).


17. x sabar nak kawen..(galak cikit)..nak da famili sendiri. bukan apa...ramai kawan2 aku kawen muda...aku pun nak join the group gak.tapi duet xcukup lagi la


18. aku suka kumpul teddy bear...sume orang bagi...yang beli sendiri xda lagi...he3 (next???sapa lagi yang nak bagi adiah bear kat aku)


19. aku kuat makan, tapi badan x gemok2 pun. tapi berat badan naik la.....


20. aku kuat membebel.....(membebel pa ntah...aku sendiri pun xtahu)


21. aku suka kucing..tapi dah lama x bela kucing....


22. suka tengok buruj/ gugusan bintang2 pada waktu malam... 


23. suka join peraduan dalam paper...sekarang ni tengan join peraduan mudah menang metro...he3...kalaw da rezeki dapat la i-pad 


24. kalaw fast-food aku suka makan mcD..dulu2 layan KFC...skrg dah kureng layan KFC


25. akhir skali...........aku dah berpunya...he3..(xda idea dah nak letak apa kat point no.25 ni)...semoga bahagia ke akhir hayat dan di berkati ALLAH hubungan kami ni...amiin 


penat aku berceloteh dan perah idea nak bagitaw apa kat korang tentang diri aku ni...so??? 25 Random Facts About Me aku dah list bagi kat korang...ini lah sedikit sebanyak tentang diri aku...sekarang tibalah masanya aku nak tag blogger2 yg  lain...siapa yang bertuah ni???????memandangkan aku akan tag nama yang sekian2 ni..maknanya aku nak kenal korang la...be frenz k??..haaa...calon2 nya adalah....


































SILA TINGGALKAN JEJAK YER.....SENANG NAK USHAR BLOG KORANG NANT.....he3

TaBuNg AmAnAh SaYa...he3

Yang Menarik Utk Dilihat