Search This Blog


31 January 2011

AkU PuN NaK JoiN GaK CoNtEsT Nie...he3

 

CONTEST BLOG PALING CANTIK, COMEL DAN KEMAS !  

first time join contest...he3...tiba2 tringin lak nak join.juz want to try jer..boleh kan???????

 

syarat-syarat penyertaan ::
  1. jadi follower FARZANA FARZANTO.
  2. peserta perempuan digalakkan. kerana hadiah disediakan khas untuk blogger perempuan. kalau lelaki nak masok boleh juga. kalau tak kisah menang baju2 macam kat atas ni. haha (setiap pemenang boleh memilih hadiah or baju mengikut citarasa sendiri di Pelangiwardrobe Hannah. add dulu baru boleh tengok baju2 disana)
  3. ada 3 kategori iaitu blog paling cantik, comel dan kemas. setiap kategori mempunyai 1 pemenang sahaja.
  4. buat 1 entry tentang contest ni.
  5. tag kepada 5 orang rakan blogger anda.
  6. letak banner di side bar blog anda dan link kan terus ke entry ni.
  7. setelah selesai, tinggal kan link entry anda berkenaan dengan contest ni di komen entry FARZANA FARZANTO..
  8. penyertaan bermula pada 10.1.2011 hingga 10.2.2011.
  9. dalam tempoh sebulan ni mungkin anda boleh gunakan masa ini untuk menghias blog anda.

untuk memenuhi syarat penyertaan, aku akan tag 5 blogger yg lain...haaaaaa...kita tgk siapa yg kena:

Vegetables? Tofu? Wholemeal bread? What we all need now is a profile test to determine what we need to improve. Thank you, #NestleProfiler!

Vegetables? Tofu? Wholemeal bread? What we all need now is a profile test to determine what we need to improve. Thank you, #NestleProfiler!

30 January 2011

IkLaN BaiK PuNyA...


SEDIA MENERIMA TEMPAHAN UNTUK FYP, MINI PROJEK, ASSIGMENT, DLL………..

All about Micro-controller based project:

• Programming

• Robotic

• Electrical and Electronic Project

• Data Acquisition System

• Transmission line communication

• Control and electronic instrument


berminat dan ingin membuat tempahan????????????

HUBUNGI SAYA DENGAN SEGERA:
Kassim selamat
013-4631630
Email: mrma_group@yahoo.com.my 


" HaRi TaNpA BeG PLaStiK"


bacalah  luahan hati pembaca yang aku amik dari suratkhabar Metro 26/01/11.


***********  “ Hari Tanpa Beg Plastik ” di pasaraya membebankan pembeli tapi menguntngkan sesetenga pihak. Plastik tidak diberi tapi terpaksa dibeli ************* - 


agak2 la kan...kempen ni berkesan x?
Segelintir pengguna x faham konsep yang diguna pakai tentang “ Hari Tanpa Beg Plastik ”. Pada pendapat aku, caj 20 sen untuk beli beg plastik tu, xda masalah langsung. Kalau xnak beli, x payah la merungut. Kalau xnak beli, maknanya, dah kurang 1 beg plastik yang di jual. Kalau 10 orang xnak beli, dah 10 beg plastik yang x terjual kepada pengguna.

Bukan masalah menguntungkan sesetengah pihak bila caj 20 sen di kenakan untuk 1 beg plastik, tapi itu adalah langkah bagi mengurangkan penggunaan beg plastik. Motifnya di sini adalah untuk memenuhi saranan kerajaan dan permintaan majoriti  bagi mengurangkan penggunaan beg plastik berikutan ancaman tentang kesan penggunaannya kepada alam sekitar. Kalau x caj beg plastik tu, lagi banyak la beg plastik yang kita guna, pas tue?????? Buang jer beg plastik tu. Pas tue, beli lagi, buang lagi. Sampai bila  kita nak jadi macam tu?????? 
  
katakan tidak pada beg plastik
Tahu ker berapa lama beg plastik amik masa nak lupus??????? Ada yang tahu, ada yang xtahu kan????????? Haaaaaaaaaa…tahu guna jer, tapi xtahu berapa lama nak lupus…hari2 guna beg plastik, tapi beg plastik yang kita buang tu, amik masa hampir 500 tahun nak lupus. Lama kan????????? Tahu xper…pas ni nak guna beg plastik lagi ker????

sebagai alternatif kepada beg plastik, kita boleh guna beg ni..xpayah buang...guna jer bila kita nak pergi supermarket..
Kalau xda permintaan untuk beli beg plastik maka xda la pengeluaran. Kena faham la konsep tue. Apa susahnya …bawa je la beg sendiri. Jimat duit. X payah la nak merungut pasal kena beli beg plastik time urusan beli barang kat pasaraya. Bumi pun dapat diselamatkan. Jangan la fikir negatif sangat pasal beg plastik yang kena caj tue. Fikirla scara positif sama. Ok?????????

Entri ni bukan saja2 nak post, cuma banyak sangat aku baca  statement x puas hati pasal beg plastik ni. Rupanya ramai lagi yang x faham pasal keburukan penggunaan beg plastik ni yer!!!!!!!!!!!!! Xkan la bumi dah parah baru nak buka mata kot. Dengar macam leceh dan simple je kan??  Tapi sedarlah, walaupun ianya simple, kalau kita abaikan tentang bahayanya penggunaan plastik, Bumi pasti di ambang kemusnahan. Bila Bumi kita musnah, maka kita semua (penghuni Bumi) akan turut musnah. 

"Selamatkanlah Generasi dan Bumi Kita"

 X salahkan pihak yang merungut tu 100%, mungkin diorang x faham sangat kot tentang bahanya penggunaan plastik ni. Jadi, bagi yang faham, kenalah terangkan kepada mereka yang x faham ni. Mudah kan?? Memperingati antara satu sama lain xsalah pun. Ada kebaikkannya. Jadi janganlah asyik berkempen tentang “ Hari Tanpa Beg Plastik ” jer, kena la berkempen tentang “Bahana Beg Plastik” juga. Baru lah seimbang. Salah faham pun dapat dikurangkan. Barulah kempen tu berkesan. 

Bagi yang x faham dan asyik merungut tu, hayatilah apa yang aku coretkan ni. Semoga korang faham la cikit2.bukan nak berlagak pandai, Cuma nak berkongsi ilmu saja. Kalau ada salah dan silap aku, aku minta maaf..

Untuk keterangan lanjut tentang kesan dan bahaya penggunaan plastik, korang leh baca entri aku tentang “KATAKAN TIDAK PADA POLISTERIN”. Sub info tentang plastik aku ada selitkan dalam entri ni. Semoga apa yang aku coretkan ni dapat dikongsi bersama.Tq coz sudi membaca....
senyum seindah suria...yang membawa cahaya...lalalalalala


**p/s: sayangilah Bumi kita

29 January 2011

TeMpLaTe & BaCkGrOuNd YaNg CaNtIk!!!


Dah lama x update blog kan???????? tentu pengunjung blog aku bosan coz xda new entri nak baca kan????? Sori la ek….ok….kali ni, 2 entri aku nak post…he3. Suka x????? bukannya busy sangat pun, padahal hari2 aku online. 

Nak tahu x apa yang aku buat???penat wooooooooooo. Aku berusaha keras mencari template dan background yang cantik2 untuk blog aku ni. Sampai kadang2 tension aku dibuatnya. (nanti ada la mulut yang nak kata: laaaaaaaaa….nak tension wat per? Sendiri cari pasal. Xda sapa suruh pun.he3). memang la xda sapa suruh, tapi bagi aku, sesuatu yang aku buat, aku mesti buat dengan bersemangat. Baru aku puas atie….he3..xsalah kan?untuk kepuasan diri sendiri jugak.

Lama gila aku cari template. Sampai seminggu. lama kan???? tapi still xpuas atie .Sampai abah aku marah kat aku. Hari2 mengadap laptop…aku sengeh (senyum gedixxx) jer kat abah aku tanpa bagi apa2 response lain.…he3…sori la abah ek!!!!bil elektrik bulan ni melambung cikit.mana x nyer, purata jam aku online dalam satu hari adalah 8 jam.(aku guna laptop x pakai bateri, sambung plug laptop trus. Pas tu pasang kipas plak.memang hebat la abah aku kena bayar bil elektrik.sori yer abah).

Aku ni bukannya pandai sangat bab2 nak cari template and nak design cantik2 ni. Tapi berusaha juga. Last skali, aku wat keputusan, template yang aku guna sekarang adalah muktamad….cewah3…bagi korang…ok x template ni???background dia cantik x??

Mari aku kongsi ngan korang. Kat mana aku search dan amik template dan background ni semua. Banyak yang cantik2. Rambang mata nak pilih. Macam plih baju lak.he3..korang klik la link yang aku bagi ni ek….tengok la mana yang berkenan.just want to share with other bloggers. Enjoy k!!!!!

:::::::::::::::::::> http://btemplates.com/
:::::::::::::::::::> http://www.bloggertemplatesfree.com/
:::::::::::::::::::> http://www.bestbloggertemplates.net/
:::::::::::::::::::> http://www.pyzam.com/bloggertemplates
:::::::::::::::::::> http://www.thecutestblogontheblock.com/
:::::::::::::::::::> http://www.thecutestblogontheblock.com/
:::::::::::::::::::> http://rindas-template.blogspot.com/
:::::::::::::::::::> http://shabbyblogs.com/
:::::::::::::::::::> http://plumroselane-bckgrnds.blogspot.com/p/backgrounds-themes.html
:::::::::::::::::::> http://www.freecodesource.com/



tengok la contoh template, background dan banner ni yer...

cantik kan?geram tgk


*********p/s: selamat mencuba yaaa

17 January 2011

AkU BeNCi PeRoKoK TeGaR



Aku benci rokok dan perokok. Aku pun xfaham apa la yang bez sangat kat rokok 2. Bukan saja kaum Adam tapi kaum Hawa pun ada yang hisap rokok. Plik btoi, pompuan zaman la sume nak setanding ngan lelaki kan? Bukannya diorang xtahu bahana rokok. Dah macam2 kempen dok ada, tapi depa ni wat dekkkkk (wat x tahu) jer. Bila harga rokok naik, diorang cari alternatif lain la plak. Byak btol idea diorang ni ek??? Genius2 blaker. Xda rokok bez, diorang hisap rokok daun ngan tembakau la plak. Adoila..xsedar2 lagi ker bahaya rokok 2???????????? Aku ni cukup pantang kalaw da orang hisap rokok depan, tepi  ataw belakang aku. Pendek kata, area dekat2 ngan aku lah. Bila da orang hisap rokok, secara automatik, aku ni jadi lelah, penat, xleh bernafas. Dah la bau pun busuk. Diorang yang hisap rokok, aku lak yang kena tempias sama dek bahaya rokok 2. Tak guna….meh sini aku nak kongsi cikit serba-serbi tentang ROKOK ni….

.................................................................................................. 

BAHAN-BAHAN KIMIA PADA ROKOK (Dr. Jessica Florencia,2010)

kandungan bahan kimia dalam rokok...
ni kandungan-kandungan yang ada dalam rokok…rokok yang korang hisap 2 la. (bagi yang hisap rokok la. Yang x hisap rokok bagus la) Buat2 xtahu lak. Tahu hisap jer, kandungan dalam rokok x amik tahu langsung. Apa daaaaaaaaaa……Ni dia kandungan dia..baca lek – lok…

Benzena
      Digunakan sebagai bahan tambahan dan pelarut dalam bahan bakar, diketahui dapat 

      memicu terjadinya leukemia.
Formaldehida
      merupakan bahan aktif yang digunakan untuk mengawetkan mayat (formalin), juga  

      dapat  menyebabkan kanser, masalah pernafasan, saluran pencernaan dan kulit.
Ammonia
     Sering dijumpai pada cairan pembersih toilet
Aseton
     Merupakan cairan pembersih cat kuku
 Tar
     Digunakan sebagai bahan pelapis dan pencampur aspal untuk jalanan
Nikotin
     Yang juga ditemukan pada cairan insektisida, merupakan bahan yang dapat  

      menyebabkan kecanduan.
Karbon monoksida
     Merupakan gas yang sama yang keluar dari hasil pembakaran bahan bakar kenderaan 

     bermotor
Arsen
     Terdapat juga dalam racun tikus.
Hidrogen Sianida
     Biasanya digunakan sebagai gas untuk hukuman mati.
Cadmium
     Terdapat pada bateri
Metanol
    Merupakan bahan aktif untuk bahan bakar pesawat terbang


Apa la yang korang hisap 2 ek…eeeeeeeeeeee, segala macam bahan kimia dok ada. Badan dok sihat lek- lok, korang nak bagi sakit. X sayang nyawa la 2.

............................................................................................... 

Baca bawah ni plak…KESAN rokok pada kesihatan si PEROKOK

inilah kesannya kepada perokok...jadi jangan jadikan rokok sebagai "makanan" anda.

Tembakau merupakan faktor risiko untuk sekurang-kurangnya 25 jenis penyakit* sumber : jabatan kesihatan dan laman web
  1. Kanser perut
  2. Kanser usus dan rahim
  3. Kanser mulut
  4. Kanser Esofagus
  5. Kanser tekak
  6. Kanser pundi kencing
  7. Kanser pankreas
  8. Kanser payudara
  9. Kanser paru-paru
  10. Penyakit saluran pernafasan kronik
  11. Strok
  12. Kereputan tulang (osteoporosis)
  13. Penyakit jantung
  14. Kemandulan
  15. Putus haid awal
  16. Melahirkan bayi yang cacat
  17. Keguguran bayi
  18. Mati pucuk
  19. Bronkitis
  20. Batuk
  21. Penyakit ulser peptik
  22. Emfisima
  23. Otot lemah
  24. Penyakit gusi
  25. Kerosakan mata
sayangilah otak anda ye...elakkan diri dari merokok
bara yang pastinya barah...itulah hakikatnya...
apa 2????haa...sendiri maw ingat la beb..khususnya lelaki..
...................................................................................................
 
MEROKOK SECARA PASIF

Walaupun korang x hisap rokok, tapi korang sdut asap rokok dari perokok. Kira merokok gak 2.haaaaaaaaaaaaaa. Ini dipanggil merokok secara pasif ('passive smoking').
Berbanding dengan asap aliran ('mainstream smoke'), asap aliran sisi yang keluar dari puntung rokok ('mainstream smoke') mengandungi :
  • 2 kali lebih banyak nikotin
  • 5 kali lebih banyak karbon monoksida
  • 50 kali lebih banyak kimia yang menyebabkan barah
  • 3 kali lebih banyak tar  
.....................................................................................................

KESAN-KESAN MEROKOK SECARA PASIF
  • Meningkatkan risiko kanser paru-paru dan penyakit jantung
  • Masalah pernafasan termasuk radang paru-paru dan bronkitis
  • Sakit atau pedih mata
  • Bersin dan batuk-batuk
  • Sakit kerongkong
  • Sakit kepala
...................................................................................................

PEROKOK PASIF DAN RISIKO PENYAKIT

Dibandingkan dengan yang tidak terdedah dengan asap rokok pasif, perokok pasif mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengidap pelbagai jenis penyakit
  • Penyakit jantung    -    30%
  • Kanser                  -    25%    
kesian kat orang yang tidak hisap rokok, x pasal2 dapat penyakit sama...oh damn..
 .....................................................................................................

KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA IBU HAMIL DAN JANIN YANG DIKANDUNG
  • Keguguran janin
  • Tumbesaran janin terencat - 30% lebih tinggi
  • Kematian janin dalam kandungan
  • Pendarahan dari uri (abruption placenta)
  • Kurang berat badan - 20 hingga 30%

...........................................................................................................

KESAN ASAP ROKOK PASIF KEPADA BAYI
  • Masalah dan penyakit pernafasan
  • Perkembangan kecerdasan otot terjejas
  • Jangkitan telinga
  • Leukeamia
  • Kanser otak 22%
  • Lelah - meningkat simptom lelah
  • Sindrom kematian secara mengejut

info dah bagi, apa lagi yang perokok masih xfaham...memang la xmati segera...tapi secara perlahan-lahan...xkan masih xsedar kot...kerajaan dan orang ramai bukan saja2 nak berkempen. Cuma nak tolong selamatkan nyawa ja. Tapi klaw still xfaham juga...xtahu la nak wat macam mana lagi...sendiri mau igat la ..kot ye pun dah xsayang nyawa sendiri, kasihankanlah kat orang lain. xpasal2 dapat penyakit sama...angkara kita(si perokok) .

p/s: renung2 kanlah dan selamat beramal

13 January 2011

DaTuK Lee ChOnG Wei - PeMaIn BaDmInToN No.1 DuNia

 Entri kali ni aku nak cakap pasal Datuk Lee Chong wei, Datuk Misbun Sidek dan Persatuan Badminton Malaysia(BAM)…kalau nak tahu, aku ni peminat Datuk Lee Chong Wei….sapa yang minat Datuk Lee Chong Wei?????tentu ramai gak kan…dia ni pujaan warga Malaysia..banyak mengharumkan nama Malaysia

sebelum aku melalut panjang ni, first of all aku nak ucapkan tahniah pada idola aku ni, Datuk Lee Chong Wei di atas kejayaan beliau merangkul gelaran hatrik Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2010 baru-baru ni di Stadium Hsinchuang, Taiwan ..…TAHNIAH YE DATUK LEE CHONG WEI...LUV U LAH....he3

Datuk Lee Chong Wei (kiri) dan Peter Hoeg Gade saling mengucap tahniah selepas perlawanan akhir Kejohanan Super Siri Masters Akhir di Stadium Hsinchuang, Taiwan ( 09/01/2011)

eh korang.. kalau betol la Datuk Misbun Sidek nak letak jawatan sebagai jurulatih perseorangan badminton negara, aku rasa macam xbez lak…eh3…aku lak yang sebok kan?he3…xda la, bukan apa…Cuma aku rasa macam x seronok lak kalaw Datuk Misbun Sidek xda dalam arena badminton ni…tambahan plak, dia memang rapat giler dengan pemain No. 1 dunia kita 2 kan?diorang dah serasi bersama…aku tengok macam adik ngan abang dah…

Yang aku taw la kan..melalui pembacaan aku, punca utama Datuk Misbun Sidek nak letak jawatan sebagai jurulatih adalah sebab perbezaan pendapat yang timbul diantara beliau dengan  Persatuan Badminton Malaysia(BAM). Datuk Misbun Sidek dah banyak bagi sumbangan dalam usaha beliau melatih anak didiknya sehingga menjadi pemain yang profesional. Sebagai contoh, Datuk Lee Chong Wei adalah salah seorang anak didik beliau. Datuk Misbun Sidek banyak melatih pemain No.1 Malaysia ini xkira la dari segi mental atau fizikal. Sehinggakan mereka berdua ni kelihatan sangat sinonim bersama. 

Ni plak hasrat hati datuk Le Chong Wei berikutan kemelut antara jurulatih beliau. Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)…. ‘SAYA PERLUKAN MISBUN’ ..Bunyinya macam sedih jer kan…menunjukkan betapa eratnya hubungan mereka berdua ni…macam xdapat dipisahkan lagi….

Pemain perseorangan negara Datuk Lee Chong Wei (kanan), memeluk jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek selepas menewaskan pemain Korea Selatan, Lee Hyun Li, pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia di Kuala Lumpur, 20 Januari 2008
  ........................................................................................

Petikan dari akhbar kosmo, 11 Januari 2011.

‘ SAYA PERLUKAN MISBUN’

WALAUPUN berjaya merangkul gelaran hatrik Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir 2010, pemain No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei tetap berharap jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek kembali membimbingnya sebelum Kejohanan Siri Super Terbuka Malaysia pada 18 hingga 23 Januari ini.
"Saya tidak boleh buat apa-apa kerana Misbun letak jawatan pada saat-saat akhir sebelum saya bersiap sedia pergi ke Taiwan.

"Saya memang perlukan khidmat dia (Misbun) dan ia jelas mengganggu konsentrasi dan fokus saya semasa di Taiwan,” katanya sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

Chong Wei berkata, ketika pertandingan itu berlangsung, beliau hanya menumpukan perhatian untuk mencapai kejayaan sambil berharap isu Misbun dan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dapat diselesaikan secepat mungkin.

Katanya, walaupun Misbun telah meletak jawatan sebagai jurulatih perseorangan badminton negara berkuat kuasa 31 Disember lepas, sifunya tetap mengikuti perkembangan beliau semasa kejohanan di Taiwan itu.

"Misbun ada menelefon saya di sana dengan membuat analisis perlawanan saya.
“Meskipun jauh, saya tetap gembira kerana dia tetap mengikuti perkembangan saya ketika itu,” katanya.

Ditanya mengenai hasratnya untuk keluar daripada naungan BAM, Chong Wei berkata, beliau menunggu perkembangan terakhir isu peletakan jawatan Misbun sebelum membuat keputusan.
"Saya mahu mengetahui keputusan penuh sebelum saya betul-betul membuat keputusan sama ada menarik diri atau terus di bawah persatuan itu,” katanya.

Mengenai persediaannya untuk kejohanan Terbuka Malaysia minggu depan, Chong Wei berkata, beliau akan meneruskan cabaran dengan bimbingan seorang lagi jurulatih perseorangan negara, Tey Seu Bock.

"Latihan saya akan bermula esok (hari ini) dan saya akan membuat persiapan terbaik untuk Terbuka Malaysia minggu depan dan mahu memberikan fokus untuk bertemu jaguh China, Lin Dan di separuh akhir nanti,” katanya.

Kelmarin, Chong Wei membuka tirai kejayaannya tahun ini dengan mempertahankan kejuaraan Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir selepas menundukkan jaguh Denmark, Peter Gade pada perlawanan akhir.

........................................................................................
Begitulah alkisahnya……….hope kemelut ini akan berakhir dengan segera…Datuk Lee Chong Wei pun akan terus mendapat khidmat jurulatih kesayangannya itu . Selain itu, Datuk Lee Chong Wei juga banyak menunjukkan  peningkatan  sejak dibimbing oleh Datuk Misbun Sidek. Diharap   xkan ada lagi spekulasi buruk  yang dibuat berikutan masalah yang berlaku ni…

suka tengok gelagat dan reaksi mereka berdua, macam adik ngan abang jer...so sweet
tiada kata yang dapat diungkapkan...hanya dakapan penuh kegembiraan yang dapat dilihat...i like this
setiap kali Datuk Lee Chong Wei menang, mesti dia akan peluk jurulatih kesayangannnya itu...bayangkan klau Datuk Misbun Sidek xjadi jurulatih dia dah..adakan dia akan peluk jurulatih barunya itu seperti mana yang dia lakukan sekarang?aku rasa x kot...
kasih sayang yang terjalin memang tiada ganti..
comeynya Datuk Lee Chong Wei wat cam 2...nampak mesra jer...he3...Datuk Lee Chong Wei memeluk Taufik Hidayat selepas menangi perlawanan akhir perseorangan lelaki Terbuka Indonesia di Istora Bung Karno di Jakarta 21/06/2009
time ni maybe Datuk Lee Chong Wei tengah stress kot...so Datuk Misbun Sidek bagi la sikit kata semangat dan dorongan pada dia...he3..
Lin Dan adalah musuh tradisi Datuk Lee Chong Wei..aku xsuka dia...berlagak nak mampus...poyo ja lebih
apa la perasaan Datuk Lee Chong Wei time ni ek???ketinggalan mata ngan pihak lawan ker?agak2 sapa pihak lawan dia??Lin Dan kot...

 gaya seorang champion....


*p/s: all Malaysian Luv u Datuk Lee Chong Wei...GO!!!GO!!!!GO!!!!!

10 January 2011

AJL 25



Sebanyak 14 lagu yang berentap pada final Anugerah Juara Lagu (AJL) yang ke-25 ( 09/01/2011). Anugerah muzik berprestij ini berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur. AJL 25 kali ini banyak dimonopoli oleh artis keluaran program realiti dan kumpulan indie. Pendek kata...bintang realiti versus band indie...WOW...fantas d' bez la....


Pengacara superb, Ally, Sheryl dan Faizal Ismail
 Pengacara 3 orang ni memang bez..lebih2 lagi Faizal dengan Ally...memang menjadi la...membuatkan para penonton x kering gusi dengan gelagat mereka... x sia2 la diorang ni jadi pengacara..respect la kat diorang ni..


AJL 24 tahun lepas, Aizat yang menang, dengan lagu hasil ciptaan Pete Teo iaitu lagu Pergi.

.....................................................................................

JUARA
wah2...xsangka yer...pemenang AJL 25 kali ni dijulang oleh Ana Raffali..1st time bertanding dah bolot juara...tahniah buat Ana Raffali sekali lagi..
 Tolong Ingatkan Aku, lagu ciptaan sepenuhnya oleh Ana Raffali yang dipertaruhkan dalam AJL 25 pada tahun ni muncul sebagai juara...
 ......................................................................................

NAIB JUARA
persembahan yang agak bez la...xsangka plak dapt no 2 ek...
........................................................................................

TEMPAT KETIGA 
Hafiz AF7 juga memenangi Vokal Terbaik bagi lagu Nokhtah Cinta..lagu ciptaan Sheikh Qalam dan Ajai
............................................................................................

PERSEMBAHAN TERBAIK
Superman Malaysia, Faizal Tahir bertanding atas 2 tiket iaitu, Selamat Malam dan Hanyut..persembahan pertama beliau; Selamat Malam banyak 'mengimport' pelakon2..not bad la...kedua2 lagu yang dibawa oleh Faizal Tahir adalah dihasilkan oleh beliau sendiri dan Aidi Mok dan memenangi Persembahan Terbaik menerusi lagu Hanyut
..................................................................................................

Antara finalis2 AJL 25 yang bertanding adalah........

Yuna mempertandingkan lagu Cinta Sempurna; komposer dan lirik adalah hasil sepenuhnya dari Yuna
TOMOK dengan lagu Berlari; komposer oleh Shazee Ishak dan Tomok sendiri manakala lirik oleh Tomok
boleh tahan la grup ni...aku xkenal sangat pun...he3..

Lagu Kebahagiaan Dalam Perpisahan nyanyian Shahir AF8  ni bez gak..komposer dan lirik sepenuhnya oleh Edry Abdul Halim..

Si Comel ni, Adira AF8 antara bintang yang menyerlah dan dalam AJL yang ke-25, beliau mempertandingkan lagu ciptaan Edry Abdul Halim dengan lagu Ku Ada Kamu

BUNKFACE.......antara kumpulan indie yang sedang meningkat naik..kali ini, dalam AJL 25, mereka mempertaruhkan lagu EXTRAVAGANZA..

mempunyai vokal yang mantap, Black membawa lagu Sofea Jane..sayangnya kali ni xmenang Vokal Terbaik...

Stacy..LOVE U SO MUCH...dia ni kalau bab2 menari aku memang tabik giler la kat dia ni...dalam AJL 25 dia mempertaruhkan lagu JAHAT hasil ciptaan Edry Abdul Halim...eh...byk btol lagu ciptaan Edry Abdul Halim ni ek...

HUJAN...Mencari Konklusi adalah lagu hasil ciptaan Noh Hujan sendiri

Antara artis yang membuat persembahan bagi segmen interlud termasuklah Francissca Peter, Nash, M. Nasir, Ziana Zain, Datuk Sharifah Aini dan Datuk Siti Nurhaliza

SILA TINGGALKAN JEJAK YER.....SENANG NAK USHAR BLOG KORANG NANT.....he3

TaBuNg AmAnAh SaYa...he3

Yang Menarik Utk Dilihat